• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Buell SuperTouring 1190 (2023) Didedahkan dengan Rekabentuk Diperbaharui Lebih Cantik

Buell SuperTouring 1190 (2023) Didedahkan dengan Rekabentuk Diperbaharui Lebih Cantik

March 13, 2023 By Sharil 1 Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KETIKA Buell SuperTouring 1190 ditayangkan kepada umum buat kali pertama pada Mac tahun lalu, rekabentuk model itu boleh dikategorikan sebagai buruk.

Bagaimanapun, Buell menitikberatkan komen negatif diterima di media sosial dengan mengemas kini SuperTouring 1190 (2023) menjadi lebih cantik.

Penambahbaikan SuperTouring mendapat garapan pereka J Ruiter, yang menukar rekabentuk asal model itu kepada  motosikal lebih menarik dan funky.

Lampu depan bulat kembar kekal, tetapi kini ditutup fairing kepala lebih besar yang memanjang ke atas untuk melindungi cermin depan.

Ini juga kali pertama model berkenaan dilihat dalam aneka jenis warna, selain hitam berkilat seperti sebelum ini.

Skema dwi-tona baharu nampak sangat sesuai untuk SuperTouring yang menjadikan model itu tampak maskular, tetapi tidak terlalu bersegi.

Spesifikasi mekanikal SuperTouring 1190 (2023) masih lagi sama seperti didedahkan sebelum ini dengan enjin berkuasa 185hp dan tork 135Nm.

Brek cakera 386mm dipasang untuk memberikan prestasi brek terbaik, manakala rekabentuk casis dan tangki petrol dalam frem, serta badan motosikal dihasilkan menggunakan gentian karbon.

Menurut maklumat dalam laman web, Buell SuperTouring 1190 (2023) dijual pada harga kira-kira AS$21,995 (RM98,910).

BACA >>> Benelli 1200GT - Touring Gergasi 3-Silinder Sedia Cabar BMW R1250RT
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 9 Sensor Canggih yang Ada pada Motosikal EFI

Buell SuperTouring 1190-
Buell SuperTouring 1190-1
Buell SuperTouring 1190-2
Buell SuperTouring 1190-3
Buell SuperTouring 1190-5
Buell SuperTouring 1190-6
Buell SuperTowuring-1

SUMBER: VisorDown

Related

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 1190, Amerika Syarikat, AS, buell, Buell SuperTouring 1190 (2023), Buell SuperTouring 2023, motor buruk, roda2

Comments

  1. kereta perodua says

    March 18, 2023 at 3:46 PM

    terbaik.. nak beli kereta perodua kasi rojer saya. hihihi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev