• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Ini 9 Sensor Canggih yang Ada pada Motosikal EFI

#TahukahAnda: Ini 9 Sensor Canggih yang Ada pada Motosikal EFI

February 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAMAI pemilik motosikal kurang sedar motosikal dengan sistem suntikan bahan api (FI) memiliki sembilan sensor canggih.

Semua sensor canggih tersebut akan menghantar maklumat untuk diproses unit kawalan elektronik (ECU) dan setiap sensor akan memastikan sistem FI beroperasi pada tahap optimum.

BACA >>> Pengeluar AS, Eropah Pening Kepala Isu Gangguan Bekalan Komponen Sensor Brek ABS
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Saya Tidak Boleh Pecut Macam Biasa?

Berikut perincian setiap sensor:

1. SENSOR POSISI TEROTEL (TPS)

Sensor Posisi Terotel (Throttle Position Sensor, TPS) berfungsi mengesan sudut bukaan injap dalam terotel badan dan menghantar input kepada ECU untuk membuat kiraan jumlah suntikan petrol ke dalam kebuk pembakaran. Sensor ini dipasang pada badan terotel (throttle body).

2. SENSOR 02

Sensor O2, juga dipanggil Sensor Oksigen, memastikan gas ekzos yang terhasil dalam kebuk pembakaran berada pada tahap optimum dengan menyalurkan maklumat kepada ECU untuk campuran bahan api ideal. Ini bertujuan memastikan emisi ekzos lebih mesra alam.

3. SENSOR MAP

Sensor MAP (manifold absolete pressure) mengesan kemasukan tekanan udara dan menghantar input kepada ECU untuk membuat kiraan.

4. SENSOR IAT

Sensor IAT (intake-air temperature), atau suhu ambilan udara, bertugas mengesan suhu udara yang memasuki badan terotel.

5. SENSOR EOT

Sensor EOT (engine oil temperature), atau suhu minyak enjin, bekerja sama seperti sensor ECT, iaitu membantu menyukat suhu minyak. Sensor ini hanya ada pada motosikal dengan sistem penyejukan udara.

6. SENSOR ECT

Sensor ECT (engine coolant temperature), atau suhu penyejuk enjin, bekerja membantu menentukan suhu sistem penyejukan cecair atau radiator. Sensor ini juga mengawal kipas radiator dan indikator panas lampau (overheat) pada spidometer.

7. SENSOR SUDUT SYAF

Sensor ini mengesan kedudukan aci engkol (crankshaft) dan kedudukan pusat mati atas (upper dead center) apabila enjin dihidupkan. Input sensor akan dihantar kepada ECU yang mengawal operasi pencucuhan, pemasaan FI dan pengecasan bateri.

8. SENSOR SUDUT MIRING

Mengesan sudut miring, terutama ketika motosikal tergelincir atau terjatuh. Maklumat sensor akan dihantar kepada ECU untuk menyah aktif sistem enjin secara automatik.

9. SENSOR IACV/FID (FAST IDLE SOLENOID)

Sensor IACV (idle air control valve), atau injap kawalan udara lahu, memastikan peningkatan RPM ketika enjin sejuk. Fungsi sensor ini sama seperti choke (pencekik) pada motosikal dengan enjin karburetor.

BACA >>> Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Atasi Masalah Grip Hendal Motosikal Longgar
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Tongkat Sisi Motosikal Dipasang Sebelah Kiri?

SUMBER: Gridoto

Artikel Berkaitan

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: autotainment, sensor motosikal dan skuter, Sensor O2 Oksigen, Sensor Posisi Terotel (TPS), tahukah anda, unit kawalan elektronik (ECU)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my