SEORANG anggota polis maut akibat tercampak keluar daripada kereta jenis Honda yang terputus dua selepas terlibat kemalangan di KM42, Jalan Kuching-Serian, semalam (12 Mac lalu).
Konstabel Mohd Shamezad Mohd Salehuddin, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.
BACA >>> Mercedes-Benz GLC Langgar Traktor Sampai Putus Dua!
BACA >>> Potong Myvi, Pemandu Maut Honda Civic Terputus Dua Di MRR2
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, siasatan awal mendapati dalam nahas jam 6.35 pagi itu, kereta dipandu mangsa dari Kuching ke Serian tiba-tiba hilang kawalan.
Kereta dipandu mangsa kemudian merempuh besi pengadang jalan sebelum melanggar konkrit di hujung jambatan Sungai Samarahan.
Akibat kejadian ini, kereta terbabit terputus dua dan mangsa tercampak keluar ke tepi jalan atas jambatan.
Kejadian berlaku ketika hujan yang menyebabkan jalan basah dan licin," kata Aswandy.
Aswandy berkata lagi, jenazah mangsa yang bertugas di Balai Polis Serian dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.
Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
BACA >>> Potong Myvi, Pemandu Maut Honda Civic Terputus Dua Di MRR2
BACA >>> Bukan Sebab Berlumba, Pemandu Kongsi Cerita Honda Civic Type R Putus Dua
SUMBER: BHarian
Leave a Reply