• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / WMoto Bobbie VII Sidecar Sedang Tunggu Kelulusan JPJ, Harga Cadangan RM55.8k

WMoto Bobbie VII Sidecar Sedang Tunggu Kelulusan JPJ, Harga Cadangan RM55.8k

March 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

802
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MFORCE Bike Holdings (MForce) membuat kejutan dengan mempamerkan model tiga roda selepas majlis pelancaran WMoto Bobbie VII 700cc (2023) di Kajang, Selangor.

WMoto Bobbie VII versi sidecar itu dilengkapi beberapa aksesori tambahan yang mungkin ditawarkan ke pasaran tempatan selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa.

BACA >>> MForce Bike Lancar Skuter Wmoto Xtreme 150i (2021), Harga Cuma RM9.5k!
BACA >>> Kenapa Skuter XDV 250i (2023) Guna Nama WMoto, Bukan Keeway?

Ketua Pegawai Operasi (CEO) MForce, Asri Ahmad berkata;

Kita sebenarnya menguji pasaran motosikal tiga roda sidecar ini. Di Eropah dan UK sudah ada dan kebanyakannya versi modifikasi."

Asri berkata, MForce sudah mengadakan perbincangan dengan syarikat prinsipal untuk mengeluarkan model tersebut. Fokus kegunaan WMoto Bobbie VII Sidecar adalah lebih kepada tujuan santai atau aktiviti konvoi bermotosikal, dan bukan digunakan sebagai kenderaan bekerja.

Menurutnya,;

Kami sudah berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mempelbagaikan model dan jenama motosikal di Malaysia.

"Sekarang, kita dalam proses mendapatkan kelulusan dan Insya-Allah, bulan depan kita akan menetapkan pertemuan bersama JPJ untuk mengemukakan beberapa dokumen dan apa dianggap penting untuk JPJ bagi mendapatkan kelulusan."

BACA >>> MForce Masuk Pasaran Indonesia Edar Jenama SYM, SM Sport, CFMoto dan WMoto

Jelasnya, model sidecar itu memiliki standard keselamatan tinggi dan menepati piawaian Euro5 selain mematuhi standard keselamatan tinggi seperti di Britain.

BACA >>> WMoto Bobbie VII (2023) Tiba di Pasaran dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM35.8k!

Mengenai harga, beliau menjelaskan;

Saya cakap terus ya, RM55,888 (VII Sidecar) complete. Ia masih dianggap harga berpatutan. Selepas menerima kelulusan, kita akan pasang di Malaysia (CKD) dan tidak membawa masuk versi CBU (import) sebab faktor cukai import dan duti eksais lebih tinggi.”

Sidecar diikat pada sebelah kanan WMoto Bobbie VII (2023) dan dilengkapi pelana yang agak selesa, termasuk tali keledar, pelapik sisi kabin dan karpet kaki. Di sebelah kiri pelana, disediakan suis lampu sisi dan soket USB untuk pembonceng.

Sidecar juga dilengkapi visor angin dan tambahan lampu kuning. Di belakang, ada ruang simpanan untuk letak baran, dan disediakan juga kanvas khas untuk menutup pelana Sidecar jika tidak digunakan.

Model tiga roda itu dilengkapi tayar ganti yang ditempatkan antara motosikal dan Sidecar. Roda ketiga Sidecar pula dilengkapi sistem brek cakera.

Motosikal itu menggunakan sistem kotak gear automatik 4-kelajuan, siap dengan gear undur. WMoto Bobbie VII standard pula berasaskan transmisi manual 6-kelajuan.

Perbualan bersama sumber mendapati Sidecar tersebut boleh diundur ke belakang dengan menarik tuil khas pada kiri hendal dan memijak masuk gear depan. Tuil gear belakang pula untuk mengaktifkan pergerakan motosikal ke depan.

BACA >>> Modenas Vulcan S 650 ABS (2023) Tampil dengan Dua Warna, Harga Mula RM36.5k!
BACA >>> Royal Enfield Hunter 350 (2023) Dilancarkan, Harga Mula RM22k!
BACA >>> #Spyshot: Superbike QJMoto Guna Komponen MV Agusta Brutale 1000

Related

802
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mforce, MForce Bike Holding Sdn Bhd, roda2, WMoto Bobbie VII (2023), WMoto Bobbie VII Sidecar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my