• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja 16 Tahun Maut Langgar Lembu Lintas Jalan

Remaja 16 Tahun Maut Langgar Lembu Lintas Jalan

March 10, 2023 By Aryon Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun maut apabila motosikal ditunggang merempuh seekor lembu di KM35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa ialah Mohamad Adam Haikal Mohamad Asri, berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil parah kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Chiku 3, jam 9.55 malam tadi.

BACA >>> Remaja Maut Langgar Lembu Baring Atas Jalan
BACA >>> Video Mak Lembu Serang Penunggang EX5, Pemilik Boleh Dijel 

remaja-maut-langgar-lembu-1
remaja-maut-langgar-lembu-2

Beliau berkata;

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YI5ZR dari arah Chiku 3 menuju ke Chiku 2 dan apabila tiba di tempat kejadian remaja terbabit melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan maut.

Choon Foo turut menasihatkan penternak lembu supaya tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran pada waktu malam kerana dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Penternak yang membiarkan haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya dan kawasan perumahan boleh didakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan, sekiranya berlaku kemalangan," katanya.

BACA >>> Bukan Dhaka, Tapi Serdang, Tiga Jejaka Asing Santai Naik Kereta Lembu atas Jalan Raya Awam
BACA >>> Anak Lembu Lintas Jalan, Rempuh Penunggang Motor Sampai Terbabas

SUMBER: Bernama

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan lembu, kemalangan maut, kemalangan motosikal, Langgar Lembu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev