• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Ramai Tidak Yakin Misi Beralih kepada EV Dapat Dicapai Menjelang 2040

Kajian: Ramai Tidak Yakin Misi Beralih kepada EV Dapat Dicapai Menjelang 2040

March 10, 2023 By Shawkath 1 Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEJAK enam bulan lalu, banyak laporan menyatakan kenderaan dengan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) akan dihentikan jualan dalam tempoh 15 tahun akan datang untuk memberi laluan kepada kenderaan elektrik (EV).

Kesatuan Eropah (EU) dan negeri California di Amerika Syarikat (AS) dikhabarkan mahu mengenakan had sifar emisi bermula 2025, manakala negeri AS lain turut menyatakan kesediaan mengikut jejak sama.

BACA >>> Jerman Bakal Haramkan Petrol, Diesel Menjelang 2030, Sasar 95 Peratus Bebas CO2
BACA >>> Belgium Akan Haramkan Skuter, Motosikal Petrol, Mula 2028

Bagaimanapun, satu kajian dibuat mendedahkan lebih separuh pakar industri automotif berpendapat peralihan besar-besaran ICE kepada EV tidak dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan.

Kajian ABB Robotics dan Automotive Manufacturing Solutions mendapati 59 peratus responden ragu-ragu beralih kepada EV dalam tempoh ditetapkan.

Kajian itu melibatkan hampir 600 peserta, termasuk golongan pakar yang bekerja dengan pengeluar kenderaan, pembekal, kumpulan jurutera dan pengurus dalam industri automotif.

Alasan respondan adalah:

  • Industri automotif masih berdepan banyak cabaran untuk penerimaan satu rantaian bekalan bateri baharu (19 peratus responden).
  • 16 peratus responden amat bimbang mengenai modal pelaburan tinggi.
  • Responden lain menyatakan faktor kekurangan bahan mentah, kekurangan kapasiti grid dan infrastruktur pengecasan sebagai antara penghalang mencapai misi penamatan penggunaan bahan api fosil.
  • 26 peratus responden menyatakan kekangan paling besar peralihan kepada EV adalah kekurangan infrastruktur mengecas.
  • Sebanyak 17 peratus responden pula menyatakan faktor harga mahal EV menjadi masalah besar pengguna beralih kepada elektrifikasi.
  • Hanya 11 peratus responden percaya sasaran penerimaan dan peralihan kepada EV menjelang 2030 hingga 2040 sebagai realistik.
  • Ada 18 peratus responden pula berpendapat sasaran penggunaan EV menjelang tempoh 2030-2040 sebagai tidak dapat direalisasikan.

BACA >>> Persatuan Pengeluar Automotif AS Bantah Haramkan Enjin Petrol
BACA >>> Jepun Bakal Haramkan Jualan Kereta Petrol Baharu Menjelang 2030
BACA >>> Ireland Pula Rancang Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Menjelang 2030
BACA >>> Britain Bakal Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Bermula 2040, Serius Mahu Udara Bersih
BACA >>> Republik Czech Bantah Hasrat EU Larang Jualan Kereta Petrol Menjelang 2035
BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040
BACA >>> Pencemaran Udara Makin Buruk, Hanoi Bakal Haramkan Motosikal Menjelang 2030
BACA >>> Muktamad, Jualan Kenderaan Enjin Pembakaran Dalaman Eropah Tamat 2035!

SUMBER: NewABB

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ABB Robotics, Automotive Manufacturing Solutions, autoterkini, EV, kajian, Kenderaan Elektrik (EV), pengharaman petrol dan diesel

Comments

  1. perodua batu caves says

    March 18, 2023 at 3:55 PM

    yakin.. idea yang bagus patut diteruskan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev