• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Republik Czech Bantah Hasrat EU Larang Jualan Kereta Petrol Menjelang 2035

Republik Czech Bantah Hasrat EU Larang Jualan Kereta Petrol Menjelang 2035

September 13, 2021 By Azhan O Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


REPUBLIK Czech kini menjadi antara negara Eropah yang tidak bersetuju dengan hasrat Kesatuan Eropah (EU) yang mahu mengharamkan jualan kenderaan diesel dan petrol baharu menjelang 2035.

Ketika banyak negara sedunia mula mengumumkan hasrat hendak mengharamkan jualan kereta dikuasakan enjin pembakaran dalaman (ICE) pada 2030-an, Perdana Menteri Czech, Andrej Babis mendedahkan yang beliau menolak rancangan berkenaan.

Beliau berkata;

Kami tidak akan setuju dengan pengharaman jualan kenderaan bahan api fosil. Ia tidak munasabah. Sudah tentu kami tidak dapat tentukan di sini mengenai apa yang fanatik hijau rancang di Parlimen Eropah."

Republik Czech akan mengambil alih penggiliran presidensi pada penggal kedua 2022 nanti. Babis menegaskan, beliau akan menjadikan isu larangan ICE sebagai topik utama. Bagaimanapun, beliau kekal menyokong pengenalan infrastruktur diperlukan kenderaan elektrik (EV), tetapi bertegas tidak akan mensubsidikan pengeluaran EV.

Di Eropah, Republik Czech cuma negara kecil dengan populasi 10 juta penduduk sahaja. Bagaimanapun negara itu memiliki pendapatan per kapita (GDP) ke-16 tertinggi dalam kalangan negara EU, dan juga tersenarai sebagai salah satu pengeluar automotif terbesar dunia mengikut asas per kapita.

Faktanya, industri automotif menyumbang hampir satu pertiga ekonomi Czech, dengan pengeluar seperti Skoda, Toyota dan Hyundai masing-masing membuka kilang pengeluaran di negara tersebut.

Rundingan Hijau Eropah (EGD) mensasarkan purata emisi kenderaan baharu menurun 55 peratus daripada paras 2021 menjelang 2030 nanti. Purata emisi perlu menurun 100 peratus menjelang 2035, yang bermakna semua kenderaan baharu yang didaftarkan pada tahun itu perlu emisi-sifar.

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Andrej Babis, Auto Terkini, emisi sifar, Kesatuan Eropah (EU), Republik Czech, Rundingan Hijau Eropah (EGD)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my