• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Apartmen Baharu di Tokyo Wajib Pasang Pengecas EV Bermula 2025

Semua Apartmen Baharu di Tokyo Wajib Pasang Pengecas EV Bermula 2025

March 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Tokyo mahu meningkatkan jumlah fasiliti pengecas kenderaan elektrik (EV) di bangunan apartmen dalam beberapa tahun akan datang. Bagi memastikan pemasangan mandatori dibuat, pemaju akan diberikan insentif.

Akhbar Nikkei melaporkan, Tokyo bakal menjadi bandar pertama Jepun menetapkan syarat semua bangunan apartmen perlu memiliki pengecas EV bermula 2025.

BACA >>> TNB Electron DC Mula Operasi, 6 Lagi Stesen Pengecas EV Akan Dibuka Tahun Ini
BACA >>> Tengku Zafrul Yakin EV, Hibrid Capai 15 Peratus Jualan Kenderaan Tujuh Tahun Lagi

Ini termasuk syarat setiap bangunan baharu diwajibkan menyediakan 20 peratus ruang parkir yang lengkap dengan fasiliti pengecas EV.

Bandar raya itu mahu meningkatkan jumlah pengecas EV di apartmen kepada 60,000 unit menjelang 2030 yang menggambarkan peningkatan 150 kali ganda berbanding kadar semasa, iaitu 393 unit pada akhir 2021.

Jepun agak ketinggalan berbanding Eropah, Amerika Syarikat dan China dalam aspek penerimaan model EV, sekali gus menjadi penghalang kepada kerja pemasangan infrastruktur di bangunan.

Hampir 70 peratus populasi penduduk Tokyo mendiami apartmen atau kompleks perumahan. Juster bagi memastikan misi itu tercapai, pihak berkuasa memperuntuk pembiayaan 4 bilion yen (RM130 juta) dalam Bajet 2023.

Pihak berkuasa juga berharap dapat menyaksikan tambahan pemasangan 3,100 fasiliti pengecas EV di bangunan apartmen di ibu kota tersebut tahun ini dan 2024. Jumlah itu kira-kira 15 kali lebih tinggi berbanding jumlah pemasangan tahun lalu.

Kerajaan Jepun turut menawarkan insentif 50 peratus kos pengecas EV, hingga 350,000 yen (RM11,580) dan insentif 100 peratus kos pemasangan, sehingga 1.35 juta yen (RM44,640), termasuk menimbang cadangan menambah jumlah fasiliti untuk tahun ini.

Bantuan melibatkan insentif Kerajaan dijangka mampu menampung jumlah kos pemasangan dilakukan pihak pemaju, berdasarkan kes tertentu.

BACA >>> Cukai Bateri EV Thailand Kini 1%, Pengeluar Bateri Dapat Subsidi RM3b
BACA >>> Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan

SUMBER: CarScoops

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Apartmen Jepun, Auto Global, Fasiliti Pengecas EV, Insentif EV Jepun, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev