• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stereng Tesla Model Y Tercabut ketika Memandu, NHTSA Buka Siasatan!

Stereng Tesla Model Y Tercabut ketika Memandu, NHTSA Buka Siasatan!

March 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUA pemilik kereta elektrik Tesla Model Y membuat aduan berhubung insiden 'stereng tercabut sepenuhnya daripada hab stereng' ketika memandu.

Susulan laporan itu, agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) membuka \ siasatan membabitkan kira-kira 120,089 unit Tesla Model Y (2023) yang mungkin membawa kepada tindakan panggil balik (recall).

BACA >>> SAH!!! Tesla Rasmi Masuk Malaysia!
BACA >>> Tesla Model Y Kereta Paling Laris Dunia 2023, Atasi Toyota Corolla?

@elonmusk @teardowntitan @CorySteuben

I am not a tech person. I would greatly appreciate a response from a technical/ mechanical professional. What is missing and why did the steering wheel fall off? pic.twitter.com/TStQ1nveMV

— Prerak & Neha Patel (@preneh24) February 7, 2023

Menurut dokumen rasmi NHTSA, sudah dua kes dikesan membabitkan stereng Model Y tertanggal dan kedua-duanya ialah unit baharu. Insiden berlaku disebabkan tiada bolt penahan (retaining bolt).

Seorang pengguna Twitter @preneh24 mendedahkan stereng keretanya tercabut ketika memandu di lebuh raya dan dia bernasib baik tidak terlibat kemalangan.

Apa mengejutkan, Tesla awalnya meminta pemilik itu membayar kos baik pulih, tetapi kemudian menawarkan diri menanggung kos tersebut dan membeli balik Model Y berkenaan.

@elonmusk @TeslaOwnersWW @BLKMDL3 Family was excited to receive Tesla Y delivery on 1/24/2023. Was driving on highway and all the sudden steering wheel fall off, was lucky enough there was no car behind and I was able to pull on devider #SafetyFirst #Fixit #TeslaModelY #help pic.twitter.com/4UMokFA2cv

— Prerak & Neha Patel (@preneh24) January 30, 2023

Siasatan NHTSA adalah melibatkan skop penilaian, kekerapa dan proses pengeluaran mengenai kondisi tersebut. Selepas penilaian awal selesai, agensi itu akan memutuskan sama ada mahu menutup siasatan atau meminta panggil balik dibuat atas tujuan keselamatan.

Beberapa minggu lalu, 362,758 unit kenderaan keluaran Tesla dipanggil baik disebabkan potensi tingkah laku tidak selamat sistem FSD Beta. Itu tidak termasuk 3,470 unit Model Y yang dipanggil balik berikutan potensi masalah membabitkan kerusi barisan kedua.

BACA >>> Geram Bateri Mahal Sangat, Pemilik Tesla Model S Upah Syarikat Dinamit Letupkan Kereta
BACA >>> China Arah Tesla Panggil Balik Hampir Semua Model Kereta
BACA >>> Tesla Model X Kini Lebih Pelik dan Lebih Kuasa, Guna Stereng Ala Pesawat, Kuasa 1,020hp!

SUMBER: CarScoops

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Masalah Stereng Tesla, NHTSA, PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Tesla, Tesla Model Y

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev