• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mooney VR46 Racing Team Tayang Seragam Musim GP 2023

Mooney VR46 Racing Team Tayang Seragam Musim GP 2023

March 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PASUKAN Mooney VR46 Racing Team (Mooney VR46) memperkenalkan jentera dengan seragam baharu yang akan digunakan sepanjang Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 dalam majlis di Milan, Itali.

Tahun ini adalah musim kedua Mooney VR46 bersaing dalam kelas premier dengan mengekalkan dua pelumba sedia ada,  Luca Marini dan Marco Bezzetti, yang masing-masing 'graduan' Akademi VR46 ditubuhkan Valentino Rossi.

Mooney VR46 juga ialah pasukan satelit Ducati dengan Mooney kekal sebagai penaja utama. Tiada perubahan besar pada seragam pasukan tersebut selain menambah rona hitam dan membuang nombor di bahagian belakang.

Jentera digunakan bukan model terbaharu Desmosedici GP23, tetapi Desmosedici GP22 yang sudah berusia setahun. Bagaimanapun, model itu dikatakan memiliki potensi jentera kemenangan berikutan kejayaan Francesco Bagnaia musim lalu.

Ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu menunjukkan jentera tersebut mencatat masa terbaik dengan mengambil kira kombinasi masa tiga hari.

BACA >>> Yamaha Hadiahkan Rossi R1 GYTR VR46 Tribute Edisi Khas
BACA >>> Senarai Awal Pelumba MotoGP 2023, Siapa Bakal Juara?
BACA >>> Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015

SUMBER: MotoGP | AutoBy

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Desmosedici GP22, luca marini, Marco Bezzetti, Mooney VR46 Racing Team, MotoGP, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my