• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ku Tak Rela Dibenci, Inilah Respon Toyota Susulan Ujian 'Hilux Terangkat Dua Tayar'

Ku Tak Rela Dibenci, Inilah Respon Toyota Susulan Ujian 'Hilux Terangkat Dua Tayar'

March 6, 2017 By Han Othman 1 Comment

472
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Oktober tahun lalu, Toyota Hilux baharu dikritik teruk netizen dan peminat automotif apabila gagal dalam ujian moose yang dijalankan majalah Sweden, Teknikens Värld. Sebagai makluman, ujian moose ialah sesi memandu khas yang dibuat untuk menguji respon sesebuah kereta apabila mengelak sesuatu objek di hadapan.

Dalam ujian terdahulu yang disiarkan dalam rakaman YouTube (lihat di bawah), Hilux baharu kelihatan nyaris terbabas dan terbalik dengan kedua-dua sisi tayar terangkat tinggi. Lebih mengejutkan ujian dilakukan dalam kelajuan yang relatif perlahan, iaitu 60kmj sahaja, di mana kereta yang pandu akan dibelokkan secara mengejut. Lebih mengejutkan, hasil ujian itu mengulangi keputusan sama yang direkodkan model Hilux terdahulu pada 2007.

UMUM DUA CARA PENYELESAIAN

Toyota mengambil serius terhadap segala kritikan dan kecaman diterima dengan mengambil inisiatif bertemu pihak Teknikens Värld untuk menyiasat insiden yang berlaku.

Terkini, syarikat penerbitan dari Sweden itu tampil mendedahkan apakah yang bakal dilakukan Toyota dalam usaha mengatasi masalah berkenaan. Toyota menggariskan dua pelan perubahan, iaitu:

  • Tekanan tayar bagi beban maksimum akan ditingkatkan.
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) akan diberikan 'paten bekerja baharu' bagi mengurangkan kelajuan dalam situasi cubaan mengelak ketika memandu.

BACA >>> Toyota Hilux 2.4G Limited Edition Tampil Rupa Lebih Lasak dan Bergaya

Kemudian, Teknikens Värld akan menguji sekali lagi Hilux versi diubah suai itu di fasiliti ujian IDIADA, Barcelona, dan unit sama yang lain di Sweden secepat mungkin. Apakah keputusan itu nanti akan berubah? Sama-sama kita nantikan.

SUMBER: Car Throttle

Related

472
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Toyota, Toyota Hilux, toyota hilux 2016, Toyota Hilux terangkat dua tayar, ujian moose

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my