POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri kenderaan lama dan terbiar di tempat letak kenderaan sekitar daerah Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 33 tahun ditahan dalam satu serbuan di tempat letak kenderaan dekat Taman Medan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
BACA >>> Polis Cekup Warga Myanmar Curi Kereta Lama
Beliau berkata:
Semasa ditahan, suspek tersebut sedang mengangkat beberapa komponen kenderaan ke dalam sebuah lori. Polis turut merampas sebuah lori jenis Mitsubishi serta beberapa peralatan untuk memotong komponen kenderaan termasuk beberapa komponen kenderaan yang sudah dileraikan."
Mohamad Fakhrudin menjelaskan modus operandi suspek adalah memotong dan meleraikan kenderaan model lama yang ditinggalkan terlalu lama di kawasan Taman Medan. Suspek dipercayai menjual semula komponen tersebut.
Berdasarkan semakan, suspek ada enam rekod berkaitan kes dadah. Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Tambahnya;
Sepanjang Januari hingga Februari lalu, ada 10 laporan polis diterima berkaitan kes hilang kenderaan lama yang diparkir di tempat awam untuk tempoh lama."
BACA >>> Banduan Curi Kereta Bantu Keluarkan Bayi Terperangkap dalam Kereta
BACA >>> Lexus LX570 Paling Banyak Jadi Buruan Pencuri Kereta Jepun Sepanjang 2020
BACA >>> Wanita Dijel Tolong Curi Gelang Emas untuk Langsai Hutang Kereta Pakwe
BACA >>> Trik Baru Geng Tarik Kereta, Tawar Trak Tunda Sambil Curi Barang
SUMBER: HMetro
Leave a Reply