• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Banduan Curi Kereta Bantu Keluarkan Bayi Terperangkap dalam Kereta

Banduan Curi Kereta Bantu Keluarkan Bayi Terperangkap dalam Kereta

February 28, 2019 By Azhan O Leave a Comment

341
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG bayi berusia setahun di Florida, Amerika Syarikat yang terperangkap dalam kereta terkunci diselamatkan banduan yang memiliki kemahiran mencuri kereta, pada 14 Februari lalu.

Bapa kepada si kecil itu dilaporkan tertinggal kunci kereta di kerusi depan, dan anaknya pula duduk di kerusi bayi di belakang. Dia cuma menyedari tidak sengaja terkunci bayi perempuannya itu di dalam selepas menutup pintu belakang.

BACA >>> #SembangDeras: Campak Kasut ke Belakang untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

Kebetulan, beberapa banduan sedang melakukan kerja-kerja membuat jalur jalan sambil diawasi polis. Sebaik saja menyaksikan insiden itu, semua banduan termasuk polis datang untuk membantu lelaki tersebut. Kemudian, salah seorang banduan, menggunakan dawai penyangkut baju untuk membuka pintu yang terkunci dengan mengambil masa beberapa minit. Akhirnya pintu dapat dibuka selamat tanpa sempat bayi itu menangis.

Usaha penyelamatan dramatik itu sempat dirakamkan Shadow Lantry yang kemudian memuat naik video berkenaan di akaun Facebooknya.

Menurut syerif Chris Nocco, banduan penyelamat itu diklasifikasikan sebagai pesalah risiko rendah yang sedang menjalani proses pemulihan sebelum dibebaskan. Seperti pernah kita lihat di drama dan filem Hollywood, pesalah juvana dan jenayah kecil (seperti mencuri di 7-Eleven) biasanya akan dikerah melakukan khidmat masyarakat.

"Depa tau depa buat silap, salah pilih, tetapi depa mahu buat benda betul dalam hidup," kata abang syerif penuh keterharuan.

Marilah kita saksikan video serba dramatik ini.

SUMBER:: TheStarOnline

Artikel Berkaitan

341
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika, Auto Terkini, Banduan, Bayi Terperangkap, Berita Dunia, Shadow Lantry, Syerif, Terperangkap Dalam Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my