• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cruiser Harley-Davidson Paling Mampu Milik, X350 dan X500 Lancar 10 Mac Ini

Cruiser Harley-Davidson Paling Mampu Milik, X350 dan X500 Lancar 10 Mac Ini

March 8, 2023 By Sharil 1 Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MODEL cruiser paling mampu milik keluaran Harley Davidson, X350 dan x500 bakal dilancarkan 10 Mac ini!

Berikut antara maklumat tersebar mengenai dua model itu:

Harley-Davidson X350 (2023) baharu akan berkongsi platform dengan Benelli 302s, manakala Harley-Davidson X500 (2023) berkongsi platform dengan Leoncino 500.

Model tersebut adalah produk kerjasama antara Harley-Davidson dan Qianjiang (pemilik Benelli, Keeway, dan QJ Motor). Jadi tidak salah Harley-Davidson meminjam platform sama dan tidak membina paltform baharu.

Dari segi mekanikal, Harley-Davidson X350 (2023) akan menggunakan enjin dwi-silinder 353cc berkuasa 36hp, iaitu trenkuasa sama digunakan pada QJ Motor SRK 350, manakala Harley-Davidson X500 (2023) dijana enjin 500cc berkuasa 47hp.

Kedua-dua model turut menerima fork depan terbalik (USD), brek cakera kembar di depan, termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan brek cakera tunggal di belakang. Sistem lampu pula menggunakan LED penuh.

Apabila dilancarkan kelak, Harley-Davidson X350 (2023) akan bersaing dengan Royal Enfield Meteor 350, Honda CB350, dan Benelli Imperiale 400. Sementara itu, Harley-Davidson X500 (2023) pula berentap dengan Royal Enfield Super Meteor 650, Benelli 502C dan beberapa jenama lain.

Harga dua model itu masih tidak didedahkan, tetapi berdasarkan khabar angin, Harley-Davidson X350 (2023) mungkin menjadi model paling mampu milik dalam famili Harley-Davidson.

BACA >>> Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
BACA >>> Royal Enfield Hunter 350 (2023) Lancar di Malaysia 9 Mac ini! Harga Bawah RM20k?

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, benelli, China, Harley-Davidson, Keeway, Mampu milik, Qianjiang, QJ Motor, x, X300, X500.

Comments

  1. Hak.Yaakob says

    April 7, 2023 at 9:28 AM

    This is very good and very comparteble,very nice model.I like'it.Model people's have buying.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev