• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Ford Buka Quick Lane Baharu

BERITA AUTO: Ford Buka Quick Lane Baharu

December 4, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Photo 1SIME Darby Auto Connexion (SDAC) mengumumkan pembukaan sembilan pusat servis Quick Lane di Semenanjung Malaysia dalam usaha menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik dan efektif.

Pengarah Urusan Kumpulan Pasaran Pembangunan Asia Pasifik dan Malaysia Ford Motor Company, David Westerman yakin pembukaan pusat servis Quick Lane dapat menawarkan lebih banyak pilihan penyelenggaraan yang lebih mudah buat pelanggannya.

Tambah David, SDAC sudah melabur lebih daripada RM140juta dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membantu menyokong pertumbuhan Ford di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada rangkaian 49 pengedar Ford yang kian berkembang seluruh negara.

Photo 3Quick Lane bertindak sebagai sebuah pusat servis ekspres yang menawarkan khidmat penyelenggaraan kenderaan dan pembaikan mudah. Antaranya penukaran minyak enjin dan penapis, pusingan tayar, sistem brek, tayar, sistem suspensi, pembaikan kecil sistem ekzos, pemeriksaan multi-poin kenderaan secara percuma, membuat talaan serta penjajaran.

Tanpa perlu membuat temu janji, Quick Lane akan melayan para pelanggan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat, dengan tempoh pembaikan tidak melebihi dua jam.

Photo 5Pusat servis Quick Lane turut dilengkapi pelbagai peralatan global dan perisian tercanggih Ford. Ia membolehkan juruteknik terlatih Ford mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta memastikan kenderaan pelanggan berada dalam kondisi terbaik.

Daripada sembilan pusat servis Quick Lane itu, empatnya terletak di Lembah Klang dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Ipoh, Juru, Johor Bahru serta Muar.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: David Westerman, Ford Buka Quick Lane Baharu, Pusat Servis Quick Lane Ford, SDAC, Sime Darby Auto Connexion

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev