• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Perbandingan: Beza Luaran Perodua Axia X vs Perodua Axia AV (2023)

#Perbandingan: Beza Luaran Perodua Axia X vs Perodua Axia AV (2023)

March 10, 2023 By Sharil Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NAK beli Perodua Axia (2023) varian AV, tapi tak cukup bajet? Bagaimana pula varian X?

Sebagai perbandingan, Perodua Axia AV ialah varian paling premium yang dijual pada harga RM49,500, manakala Perodua Axia X ialah varian paling basis dengan harga RM40,000. Beza harga hampir RM10,000.

BACA >>> #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Mana Lagi Ngam?
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar dengan Harga Mula RM38.6k!

Persoalannya, apakah yang berbeza antara kedua-dua model itu, terutama aspek luaran? Jika masih buntu memilih varian mana paling sesuai, mari kami kongsikan perbezaan luaran antara varian tertinggi, AV (kereta biru) dan varian asas X (kereta merah).

Perodua Axia X (2023) vs Perodua Axia AV (2023): Perbezaan Luaran

Sama seperti AV, Perodua Axia X turut menerima lampu utama LED, tetapi tanpa lampu siang (DRL). Walaupun mendapat perumah lampu kabus sama, tetapi tiada lampu kabus dipasang.

Bahagian gril juga lebih kosong tanpa kemasan krom memanjang dan tiada skirt depan dan sisi.

Cermin sisi tiada lampu signal belok LED, sebaliknya diletakkan pada fender (lihat bulatan dalam foto atas kiri). Cermin sisi Axia X juga boleh dilipat, tetapi secara manual sahaja dan tiada butang boleh laras elektrik seperti AV.

Bahagian belakang Axia X tiada spoiler, sekali gus mendedahkan penyembur air (lihat bulatan) pada atas cermin belakang. Sudah tentu penampilan AV lebih kemas dan sporty dengan kehadiran spoiler.

Ruang nombor plat belakang Axia X yang berlekuk diwarnakan sama dengan warna badan, manakala AV dihitamkan.

Maklumat lain, kedua-dua varian Axia dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA). Justeru pengalaman pemanduan dan dimensi model baharu ini sama saja, cuma berat saja berbeza. Axia AV yang lebih lengkap mempunyai berat 890kg, manakala Axia X hanya 870kg.

Ini cuma pemerhatian luaran saja, adakah berbaloi membeli Axia AV atau Axia X dengan ciri asas ini sudah cukup buat anda?

PERODUA AXIA X (2023)
PERODUA AXIA AV (2023)

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Axia AV, Axia X, eksterior, perbandingan, Perbezaan luaran, Perodua axia 2023, Perodua Axia AV (2023), Perodua Axia X (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my