MASALAH bekalan cip semikonduktor nampaknya masih membelenggu pengeluar automotif dunia. Terbaharu, Honda terpaksa menghentikan sementara pengambilan tempahan beberapa model Civic di Jepun.
Honda membuat pengumuman itu menerusi laman web syarikat yang menyatakan langkah menghentikan sementara itu membabitkan dua model Civic iaitu LX manual 6-kelajuan dan Civic e:HEV hibrid.
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Honda Jepun Henti Ambil Tempahan 10 Model Popular, Malaysia Turut Terkesan?
BACA >>> Honda Civic e:HEV RS (2022) di Malaysia! Hibrid Pertama dengan Enjin 2.0L, Harga RM166k!
Januari lalu, Honda mengambil keputusan menghentikan penerimaan tempahan untuk Civic Type R disebabkan isu sama.
Honda menyatakan tindakan menghentikan pengambilan tempahan Civic itu bersifat sementara dan sebagai strategi untuk membolehkan mereka dapat mengirim kereta tersebut kepada kumpulan pelanggan yang membuat tempahan awal.
BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
Setakat ini, tiada maklumat dikongsi sama ada masalah bekalan cip semikonduktor turut menjejaskan pengeluaran di negara lain. Tiada maklumat dikongsi bila pengambilan tempahan Civic untuk dua model tersebut akan disambung kembali.
BACA >>> Krisis Semikonduktor: Industri Automotif Dijangka Rugi RM878 bilion Tahun Ini
BACA >>> Masalah Cip Semikonduktor: Nissan, Mazda Tutup Kilang Sementara di Jepun
BACA >>> Krisis Cip Semikonduktor, Giliran Ford Pula Tutup Kilang
BACA >>> CEO Perodua: Bekalan Cip Cukup untuk Capai Sasaran 300k Unit Tahun Ini
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply