• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter EV Yadea Voltguard VC181 E (2023) Lancar di Vietnam, 80kmj, 189Nm, Harga RM5.6k

Skuter EV Yadea Voltguard VC181 E (2023) Lancar di Vietnam, 80kmj, 189Nm, Harga RM5.6k

March 6, 2023 By Aryon Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR motosikal elektrik dari Vietnam, Yadea Vietnam menambah satu lagi model skuter elektrik (EV) Voltguard dalam portfolio produk jenama itu, iaitu Voltguard VC181 E, yang juga versi antara VC181 H dan VC 181 EY.

Voltguard VC181 E (2023) dijual pada harga 27.9 juta dong (RM5,260) yang bersaing satu lawan satu dengan VinFast Feliz S berharga  29.9 juta dong (RM5,635).

BACA >>> Yadea C1S - Skuter Elektrik Gaya Retro Buatan China Akan Masuk Eropah
BACA >>> #TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

Terdahulu di pasaran, Vietnam Voltguard VC181 H (75 juta dong/RM14,140) ialah lawan kepada VinFast Theon S (69.9 juta dong/RM13,170), manakala Voltguard VC181 EY (25.9 juta dong/RM4,880) dengan VinFast Evo 200 (22 juta dong/RM4,150).

Skuter elektrik ini memiliki dimensi panjang 1,924mm, lebar 660mm dan tinggi 1,138mm yang tidak banyak berbeza dengan Feliz S (1,912 x 693 x 1,128 mm).

Voltguard VC181 E (2023) menampilkan rekabentuk yang tidak jauh berbeza dengan model skuter popular masa kini. Panel meter jenis elektronik penuh dan dilengkapi ciri tetapan halaju, sama seperti sistem terotel automatik.

Varian standard dan pertengahan menggunakan kunci mekanikal, manakala varian premium mendapat kunci NFC.

voltguard-vc181-e-4
voltguard-vc181-e-5
voltguard-vc181-e-7
voltguard-vc181-e-6

Trenkuasa dijana motor 1,500W atau 3,000W mengikut varian, manakala halaju maksimum mampu mencapai kelajuan 80kmj untuk varian premium. Dua lagi varian bawahan cuma selaju 55kmj yang jauh lebih perlahan daripada model lawan VinFast Evo 200 (70kmj) dan VinFast Feliz S (80kmj).

Varian premium memiliki tork 189Nm dengan pecutan 0-50kmj sepantas 4 saat. Bagaimanapun, Yadea tidak mendedahkan jarak tunggangan skuter EV tersebut.  Buat masa ini hanya varian pertengahan dibuka untuk tempahan.

BACA >>> VinFast Theon - Lagi Skuter Elektrik Dilancarkan di Vietnam
BACA >>> Basikal Elektrik Gaya Skuter, Honda U-be Masuk Vietnam, Harga RM4.8k Sahaja!

voltguard-vc181-e-8
voltguard-vc181-e-7
voltguard-vc181-e-6
voltguard-vc181-e-5
voltguard-vc181-e-4
voltguard-vc181-e-3
voltguard-vc181-e-2
voltguard-vc181-e-1

SUMBER: Zingnews.vn

Related

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter elektrik, Skuter EV, Voltguard VC181 E (2023), Yadea Vietnam, Yadea Voltguard VC181 E

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev