PERSETERUAN Valentino Rossi dan Marc Marquez memang menarik diceritakan. Kisah persaingan dua pelumba itu kembali kecoh dalam filem dokumentari mengenai kariernya sebagai pelumba grandprix (GP).
Dalam dokumentari itu, Marquez mendakwa Rossi sengaja menendangnya dalam aksi GP Malaysia di Sepang pada 2015, tetapi dituduh pula sengaja membantu Jorge Lorenzo meraih gelaran ketiga juara MotoGP musim itu.
BACA >>> #2018MotoGP: GP Argentina 2018 yang Penuh Drama | 12 Fakta Pantas
BACA >>> Aksi Marsyal GP Argentina Berswafoto Atas Motor Rossi Jadi Tular (Untunglaaa...)
Bagaimanapun, Marquez mengakui kesilapannya pada aksi GP Argentina 2018. Beliau ketika itu bermula dari grid ke-19 kerana penalti, tetapi terus memecut pantas hingga berada di posisi ketujuh belakang Rossi.
Marquez kemudian memotong secara agresif yang menyebabkan pelumba Itali itu terjatuh, dan beliau dikenakan penalti 30 saat.
Marquez dipetik Crash.net berkata;
Sejak Argentina 2018, aku dah tak cakap dengan dia (Rossi) lagi. Jadi, semua berlaku dan kami memiliki hubungan yang baik.
"Ya, memang betul aku buat salah. Dalam lumba motor ni, ada je yang potong sampai limit, dan kadang-kadang tak dapat kawal penuh. Itu jadi kat semua kategori."
“Tayar depan aku hilang (tiada traksi) masa aku potong sampai terlanggar dia (Rossi), dan dia jatuh. Mereka hukum aku, dan aku minta maaf."
Menurut Marquez, walaupun sudah mengaku salah, tetapi Rossi bertindak menyalahkannya bertubi-tubi. Sejak itu beliau memutuskan untuk tidak ingin tahu apapun pasal pelumba legenda tersebut.
Dia tuduh aku, dengan keras, malah dengan cara buruk, dan dari sana, aku cakap tak mau tau apa-apa dah pasal dia," katanya.
BACA >>> #2018ArgentinaGP: Kenapa Marquez Kena 'Ride Through Penalty'?
BACA >>> #2018ArgentinaGP: "Marquez Tak Ada Telur" - Rossi Geram Tidak Terkata
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply