• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bajaj Chetak Premium (2023) Lancar di India dengan Warna Baharu, Panel Meter Besar, RM8.2k

Bajaj Chetak Premium (2023) Lancar di India dengan Warna Baharu, Panel Meter Besar, RM8.2k

March 3, 2023 By Aryon Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BAJAJ melancarkan skuter elektrik Chetak Premium (2023) di India dengan mendapat kemas kini panel meter lebih besar dan pilihan tiga warna baharu, Matte Coarse Grey (kelabu), Matte Caribbean Blue (biru), dan Satin Black (hitam).

Bersama perubahan itu Bajaj Chetak Premium (2023) turut menerima pelana dwi-tona, cermin sisi warna badan dan bar bonceng satin. Perumah lampu utama dan signal belok kini dalam warna hitam Charcoal Black.

BACA >>> Lagi Skuter Elektrik Lancar di India, Vida V1 Tawar Jarak Tunggang 165km, Harga Mula RM8.2k
BACA >>> Loncin Dedah Skuter Elektrik Bicose Real 5T (2023) Dengan 389Nm Tork

Skuter elektrik ini dikuasakan motor 3.8kWh dengan bateri 3kWh yang mampu memberikann kelajuan maksimum 60kmj dan jarak tunggangan sejauh 107km.

Tempoh mengecas mengambil masa empat jam menggunakan pengecas normal. Menurut Bajaj, model ini diberikan waranti 7 tahun, atau kira-kira 70,000km, manakala waranti bateri ialah 3 tahun atau 50,000km (mana satu tiba dulu).

Selain sistem lampu LED, Bajaj Chetak Premium (2023) kini menampilkan panel meter digital berserta konektiviti telefon pintar dengan paparan maklumat spidometer, odometer, meter trip, dan dua mod tunggang (Sport dan Eco), dan bacaan jarak baki minyak kosong (DTE).

Ciri konektiviti telefon pintar membolehkan pengguna mengetahui lokasi skuter, rekod perjalanan dilalui, skor tunggangan, kelajuan maksimum dan lain-lain.

Selain panel badan logam, skuter ini dipasangkan sistem fork teleskopik di depan dan monoshock belakang. Sistem brek jenis kombi (CBS) menggunakan brek cakera tunggal di depan dan brek dram di belakang. Bahagian roda menggunakan rim aloi 12 inci.

Bajaj Chetak Premium (2023) dijual pada harga 151,910 rupee (RM8,270), di samping model sedia ada yang dijual 121,933 rupee (RM6,640).

BACA >>> Bajaj Bakal Perkenal Semula Skuter Chetak Selepas 14 Tahun, Kali Ini dalam Versi Elektrik
BACA >>> Motosikal Enjin Kecil Triumph-Bajaj 350cc Masuk Malaysia?

SUMBER: BikeWale

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Bajaj Auto, Bajaj Chetak Premium (2023), e-Skuter, roda2, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my