• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Ativa Vietnam' Henti Penghantaran Sebab Masalah Teknikal

'Ativa Vietnam' Henti Penghantaran Sebab Masalah Teknikal

March 1, 2023 By Shawkath Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Raize di Vietnam (Malaysia: Perodua Ativa ) tergendala disebabkan masalah teknikal yang dijangka diselesaikan akhir bulan ini.

Toyota Motor Vietnam (TMV) dilaporkan sudah menghantar dokumen kepada rangkaian pengedar untuk menjelaskan tindakan menghentikan sementara kiriman SUV tersebut.

BACA >>> #Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?
BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?

Menurut laporan, insiden itu berlaku berikutan masalah teknikal dan tindakan menghentikan sementera proses penghantaran adalah untuk memastikan langkah pemeriksaan kenderaan dilakukan sepenuhnya sebelum diserahkan kepada pelanggan.

TMV mendedahkan penggantungan proses penghantaran adalah sementara, tetapi dijangmka berterusan hingga akhir bulan ini (Mac).

Wakil TMV menjelaskan sedang menyelesaikan masalah yang berlaku dan berusaha mengirim kenderaan kepada pelanggan secepat mungkin.

Kami faham kesulitan dialami pelanggan apabila tarikh kiriman terpaksa ditangguh. TMV memohon maaf atas semua kesulitan. Tindakan menghentikan kiriman bersifat sementara untuk kerja pemeriksaan kualiti sebelum kenderaan diserahkan kepada pelanggan."

Pengedar Toyota yang enggan didedahkan nama mendakwa masalah itu ada kaitan dengan beg udara. Khabarnya, pengeluar kenderaan dan pengedar perlu memastikan kualiti produk Raize sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Tahun lalu, Toyota Raize mencatat jualan 6,900 unit walaupun mengalami masalah bekalan komponen, dan berada di belakang pesaing Kia Sonet dalam segmen SUV mini yang mencatat jualan 9,446 unit dalam tempoh sama.

Pada Januari 2023, TMV mencatat jualan 418 unit Toyota Raize, disusuli Kia Sonet (391 unit).

BACA >>> Gigih Bawa Stok Air Katira dari JB ke Klang, Peniaga Rela Penuhkan Ais dalam Ativa
BACA >>> Pemilik Ativa Reda Waranti Batal Akibat Banjir Walaupun Baru Beli 2 Bulan
BACA >>> Mengidam Naik Ativa Putih, Ahli Grup Tunai Hajat Ibu Hamil

SUMBER: Zing

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Isu beg udara, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Toyota Motor Vietnam (TMV), Toyota Raize

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my