• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zongshen Cyclone RC 401 R (2023) Masuk Pasaran China, Sekuat 46hp, Harga RM20.7k!

Zongshen Cyclone RC 401 R (2023) Masuk Pasaran China, Sekuat 46hp, Harga RM20.7k!

March 1, 2023 By Shawkath Leave a Comment

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR motosikal China, Zongshen Motorcycles melancarkan sportbike baharu iaitu Cyclone RC 401 R ke pasaran tempatan yang dilihat sebagai antara pesaing baharu kepada model KTM RC390.

Cyclone RC 401 R hadir dengan set fairing penuh rekaan moden yang mengetengahkan imej agresif dengan lampu utama jenis berkembar, tangki minyak maskular, tempat duduk jenis terpisah, ekzos kompak dan swingarm sebelah.

BACA >>> #Perbandingan: KTM Duke 200 vs KTM RC 200, Pilih Fairing atau Naked?
BACA >>> Zongshen Cyclone 401RC (2022) Mampu Cabar Kawasaki Ninja 400, Harga Mula RM19.1k!

Trenkuasa yang digunakan jenis 4-lejang dwi-silinder selari 401cc dengan 4-injap setiap silinder beserta sistem sejukan cecair mampu menghasilkan kuasa 45hp pada 9,500rpm dan tork 35.2Nm @ 8,000rpm. Kelajuan maksimum ialah 150kmj.

Komponen yang dipasang bersifat premium seperti sistem suspensi boleh laras KYB membabitkan fork depan jenis terbalik (USB) dan monoshock (belakang).

Sistem brek cakera berkembar J.Juan digunakan pada roda depan manakala cakera tunggal untuk roda belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci  (ABS) Bosch.

Sistem pencahayaan Cyclone RC 401 R jenis LED dengan latar pencahayaan untuk suiz kawalan, tuil boleh laras dan paparan skrin meter jenis TFT berwarna dengan ciri sambungan kepada telefon pintar.

Zongshen Cyclone RC 401 R ditawarkan pada harga 31,980 yuan (RM20,759) di pasaran China.

BACA >>> Zongshen Bakal Lancar Dua Varian Cyclone, Segmen Berbeza Tapi Trenkuasa Sama
BACA >>> Aprilia Shiver 750 Jadi Cyclone RA9 Concept, Bakal Masuk Pasaran Asia Tenggara?
BACA >>> Yoshimura Japan Lancar Ekzos R-77S Cyclone untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

Related

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, Motosikal Sport China, roda2, Zongshen Cyclone RC 401 R (2023), Zongshen Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev