• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Hadiah, Cuma Uji Enjin, Polis Tahan Dua Mekanik Lumba Haram di Lebuhraya DASH

Tiada Hadiah, Cuma Uji Enjin, Polis Tahan Dua Mekanik Lumba Haram di Lebuhraya DASH

February 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUA mekanik ditahan kerana berlumba haram di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi, 27 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati perlumbaan itu melibatkan enam kereta jenis Proton Satria.

Geng Satria tersebut dilaporkan berlumba dari Plaza Tol Denai Alam hingga susur Pulau Angsa di lebuh raya berkenaan.

Perlumbaan haram itu juga berlangsung tanpa sebarang hadiah ditawarkan kepada pemenang kerana lebih kepada menguji jentera masing-masing.

Mohd Iqbal berkata, selain berlumba haram, kumpulan itu juga berpatah balik melawan arus hingga Plaza Tol Denai Alam.

Jarak perlumbaan sehala adalah kira-kira 2km," katanya.

Dua lelaki berusia 20 dan 29 tahun ditahan kira-kira jam 11.49 malam di sekitar Shah Alam, dan polis turut merampas dua unit Proton Satria dipandu kedua-dua suspek.

Polis kini sedang mengesan empat lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan berbahaya hingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

Justeru saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-447 5767,” katanya.

BACA >>> Geng Kereta Mohon Maaf Peserta Buat Kecoh, Drift di Lebuhraya DASH
BACA >>> #TahukahAnda: 30 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Lebuhraya DASH

SUMBER: Kosmo

Related

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: D.M. Dasher Sdn. Bhd., Ketua polis daerah shah alam, Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah-Alam (DASH), Lebuhraya DASH, Lumba Haram, PDRM, Plaza Tol Denai Alam, proton satria

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev