• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Bocor Foto Ruang Kabin Proton X90!

#Spyshot: Bocor Foto Ruang Kabin Proton X90!

February 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WALAUPUN foto luaran Proton X90 dengan pelekat kamoflaj sudah banyak kali dilihat di Malaysia, tetapi ini kali pertama foto dalaman kenderaan utiliti sukan (SUV) itu didedahkan kepada umum!

Foto dikongsikan CW Awei dalam Facebook Funstasticko yang menunjukkan rupa bahagian dalam Proton X90, juga dikenali sebagai Geely Haoyue atau Okavango di pasaran luar, tetapi dalam pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Spesifikasi Geely Okavango (2021) Versi Filipina Didedahkan, Harga Mula RM103k
BACA >>> Bakal Prevé? Geely Binrui Cool (2022) Debut di China, Harga Anggaran RM52k!

Walaupun foto dalaman Proton X90 ini tidaklah jelas sepenuhnya, tetapi masih lagi menunjukkan persamaan dengan bahagian dalaman Geely Haoyue seperti stereng rata di bawah, kabin serba hitam, konsol tengah dan tombol gear.

Kami juga dapat pastikan foto itu memang Proton X90 sebenar kerana kedudukan kerusi pemandu di sebelah kanan, dan bukan kiri, tetapi diterbalikkan. Ini berdasarkan perkataan 'trip' pada tuil signal yang dieja tidak terbalik.

Selain ruang dalaman, rekaan gril dan lampu depan boleh dilihat lebih dekat menerusi gaya Infinite Weave dikemas kini dengan tambahan kemasan 'berlian' pada gril.

Bahagian roda menunjukkan Proton X90 menggunakan rim 18 inci dengan tayar Goodyear 225/55R18.

Masih banyak maklumat mengenai SUV 7-kerusi itu masih misteri seperti enjin yang akan digunakan.

Di China hanya ditawarkan enjin 4-silinder 1.8L turbo berkuasa 182hp dan tork 300Nm, serta dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan seperti Proton X70 dan X50.

Di Filipina, model itu menerima enjin 3-silinder 1.5L Turbo dengan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V berkuasa 188hp dan tork maksimum 300Nm dengan kotak gear DCT 7-kelajuan.

Bagaimanakah pula di Malaysia? Kemungkinan Proton X90 akan terus menggunakan enjin 1.5L Turbo seperti digunakan Proton X50 dan Proton X70 MC1, atau mungkin juga Proton bakal memperkenalkan enjin hibrid sama seperti digunakan Geely Okavango di Filipina.

Ini kerana Proton pernah mempamerkan enjin hibrid itu di galeri pengeluar itu sebelum ini.

Di Filipina, Geely Okavango dijual pada harga bermula 1.208 juta peso (RM103,820) hingga 1.328 juta peso (RM114,130). Berapakah agaknya harga bakal ditawarkan Proton X90?

BACA >>> SUV Premium Proton X90 Lancar Bulan Depan?
BACA >>> Mungkin Terpesona, Waja Terlanggar Proton X90 Sedang Dipandu Uji

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Foto Acah, Geely Haoyue, Geely Okavango, hibrid, interior, Proton X90, Roda4, Spyshot, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev