• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MB Kedah: Lapangan Terbang Kulim Tak Guna Duit Kerajaan Pusat, Tapi Pelabur

MB Kedah: Lapangan Terbang Kulim Tak Guna Duit Kerajaan Pusat, Tapi Pelabur

February 27, 2023 By Shawkath 3 Comments

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PROJEK Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) adalah antara komponen dalam projek mega Kedah Aerotropolis berimpak tinggi yang dibangunkan menggunakan pelaburan firma swasta, bukan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, apa diperlukan Kerajaan Negeri adalah kerjasama agensi Persekutuan untuk memudah cara urusan berhubung bidang kuasa Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Pengangkutan.

BACA >>> #Belanjawan2023: Kerajaan Mahu Naik Taraf Lapangan Terbang Sedia Ada, Kulim Mahal Sangat
BACA >>> Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Bernilai RM6 Bilion Siap 2026

Beliau berkata;

Dalam kedudukan kewangan yang kurang memberangsangkan, Kerajaan Negeri Kedah memilih melaksanakan projek berkenaan secara pelaburan swasta (PFI) sepenuhnya.

"Secara umum, projek ini adalah katalis yang berpotensi tinggi menarik kemasukan pelaburan asing melalui pembukaan kawasan perindustrian baharu berasaskan industri berteknologi tinggi aeroangkasa dan penerbangan."

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu menyatakan cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 turut bercadang menghentikan pembinaan KXP yang dianggarkan berharga RM7 bilion.

Muhammad Sanusi berkata, KXP tidak akan menjadi pesaing kepada LTAPP kerana KXP akan beroperasi sebagai hab kargo, manakala segmen penumpang belum dipertimbang.

Beliau berkata;

Justeru LTAPP boleh terus memberi fokus kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan menerima projek KXP adalah menjadi pelengkap, bukan pesaing kepada lapangan terbang itu.

"Saya percaya Perdana Menteri setakat ini belum mendapat gambaran penuh mengenai projek KXP dan usaha untuk membuat pembentangan projek ini di hadapan beliau akan dilakukan."

BACA >>> Pahang Bakal Dapat Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu!
BACA >>> MB Kedah Janji Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani Harga Rakyat
BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi 'Nürburgring Timur'!

SUMBER: Bernama

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Kedah Aerotropolis, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS)

Comments

  1. Hjh Shahizan jelas says

    March 5, 2023 at 7:10 AM

    Setuju dgn penambahbaikan LTAPP Dan LTSAAS kerana ia lebih praktikal sesuai dgn keperluan semasa Dan jangkapanjang berbanding dgn KXP dimana keperluannya Dan utk APA? adalah LEBIH baik mb Kedah memfokuskan kemajuan ekonomi ngri ITU Dan membantu petani SERTA rakyat miskin tegar yg sgt2 memerlukan bantuan mb

    Reply
    • Azhan O says

      March 6, 2023 at 12:34 PM

      KXP lebih kepada urusan kargo, bukan penumpang

      Reply
  2. azzamys says

    March 17, 2023 at 12:17 PM

    sapa kata..7bil project hya unt cargo?..2 runaway future 4 runaway..ini unt cargo dan penumpang lah..nk harap cargo dr kulim ind park..tak menguntungkan..nk harap cargo dr negeri2 lain penang airport pun blh guna dan pelabuhan pun ada..nk harap pelabur2 blm pasti pelabur nk dtg.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev