• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JKR Jawab Video Netizen Sindir Main Lato-Lato di Pejabat

JKR Jawab Video Netizen Sindir Main Lato-Lato di Pejabat

February 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JABATAN Kerja Raya Malaysia (JKR) mengambil serius dakwaan seorang netizen yang memuat naik klip video berjudul 'JKR Tak Buat Kerja, Main Lato-Lato Jer' di TikTok.

JKR menyatakan video itu boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap perkhidmatan agensi Kerajaan. Berikut klip video yang tular di media sosial itu.

@nazreen.amsyar♬ original sound - nazreen.amsyar

JAWAB JKR MALAYSIA

JKR Malaysia menegaskan jabatan Kerajaan itu dipertanggungjawab sebagai agensi pelaksana untuk kerja menyelenggara Jalan Persekututan dan melantik beberapa syarikat konsesi untuk tujuan tersebut.

Pelaksanaan kerja-kerja penampalan potholes (lubang jalan) dilaksanakan melalui skop penyelenggaraan rutin berdasarkan pemeriksaan rutin pihak JKR Malaysia dan syarikat konsesi serta melalui aduan awam diterima daripada orang awam.

"Pembaikan potholes dalam tempoh 24 jam untuk pembaikan sementara, manakala pembaikan secara kekal adalah dalam tempoh tiga minggu mengikut Piagam Pelanggan JKR Malaysia.

"Selain itu, kerja-kerja pembaikian jalan juga dijalankan semasa ke semasa berdasarkan peruntukan diterima. Bagaimanapun, kelulusan kerja pembaikan tersebut tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan."

BACA >>> #Belanjawan2023: Penjawat Awam Dapat Duit Raya RM700, Pesara RM350 Menjelang April Ini

JKR Malaysia menegaskan mendukung konsep 'no wrong dooor policy' yang menjadi amalan agensi tersebut. Justeru orang awam boleh menyalur aduan mengenai kerosakan jalan raya melalui beberapa cara berikut:

  • Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JKR Malaysia di jkr.spab.gov.my
  • Telefon 1300 888 557 ikut waktu pejabat
  • SISPAA Kementerian Kerja Raya di kkr.spab.gov.my
  • E-mel [email protected]
  • E-mel komunikasi di [email protected]
  • Akhbar
  • Lisan dengan hadir ke pejabat JKR
  • Biro Pengaduan Am di pcb.spab.gov.my
  • Surat
  • Malaysia Government Call Centre (MyGCC)
  • Respons Rakyat melalui mobile Biro Pengaduan Am

BACA >>> #Belanjawan2023: Peruntukan RM2.7b untuk Naik Taraf, Baiki Jalan Persekutuan

RESPONS NETIZEN

Melihat respons netizen terhadap klip video viral itu, ramai pengguna bersetuju dengan apa disuarakan termasuk beberapa pengguna mendakwa terpaksa menanggung kerosakan kenderaan sendiri akibat jalan rosak.

Ada juga netizen meminta petugas JKR supaya lebih aktif turun padang dan meninjau sendiri berbanding menunggu aduan masuk. Beberapa netizen lain mendakwa masalah jalan rosak itu berlaku di banyak tempat dan membabitkan negeri lain.

BACA >>> #Belanjawan2023: Jalan Sesak di Tempat Pelancongan Akan Dinaik Taraf

jkr lato lato - 1
jkr lato lato - 0

Related

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Isu jalan rosak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, lato-lato JKR, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev