• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Tahan Tengok Chery Omoda 5, Luna Maya Beli Tunai!

Tak Tahan Tengok Chery Omoda 5, Luna Maya Beli Tunai!

February 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEBRITI dari seberang, Luna Maya membeli Chery Omoda 5 kerana tertarik dengan rekabentuk dan perincian ditawarkan kenderaan utilitisi sukan (SUV) segmen-B itu.

Chery Omoda 5 baru saja beberapa hari dilancarkan sempena Pameran Motor Antarabangsa (IIMS) 2023.

BACA >>> Chery Malaysia Rancang Perkenal Produk CKD, Model Semi-CKD Lancar Tahun Depan

Menariknya, kehadiran Luna Maya di IIMS 2023 bukan sebagai duta produk, tetapi pelanggan yang mahu melihat sendiri model tersebut secara lebih dekat sebelum memutuskan membeli SUV tersebut secara tunai.

Beliau mendakwa sudah tertarik dengan Chery Omoda 5 sejak kali pertama melihat SUV itu di berita dan media sosial sebelum mula mencari maklumat mendalam mengenai reviu model berkenaan.

iims-logo
chery-omoda-5-indonesia-iims

Menurutnya, tempahan sudah dibuat sebelum ini dan beliau dipanggil ke IIMS 2023 untuk menandatangani Surat Pemesanan Kendaraan (SPK).

Sesuai konsep 'art in motion', Luna menganggap Chery Omoda 5 sebagai SUV yang tampil sporty, futuristik dan gagah yang mampu memenuhi gaya hidupnya.

Memang aku lagi ingin kenderaan yang tak terlalu besar. Mobil-mobil aku lain, kan, sudah besar-besar. Aku enggak suka mobil yang girly. Aku suka yang agak gagah,” katanya.

Luna berkata lagi, rekabentuk rupa depan Chery Omoda 5 bukan saja tampak rupa gagah, tetapi juga moden dan bergaya.

Selain rupa paras menarik, Luna juga tertarik dengan ciri keselamatan dimiliki seperti 6-beg udara sebagai standard.

Chery Omoda 5 dijana enjin 1.5L Turbo berkuasa 145hp dan tork 230Nm serta dilengkapi ciri keselamatan aktif seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Chery Omoda 5 dijual pada harga Rp328 juta (RM95,570) untuk varian Z, manakala varian RZ berharga Rp398 juta (RM115,970).

BACA >>> Produk Global Pertama Chery, Omoda 5 (2022) Bakal Masuk Malaysia, Harga Masih Misteri
BACA >>> Chery Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro Made In Indonesia Siap Sedia Dilancarkan

SUMBER: Mobil123

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery Omoda 5, IIMS 2023, Indonesia, Indonesia International Motor Show, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Luna Maya, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev