• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lepas Hilang RNF, Yamaha Tak Mahu Anggap Pasukan Satelit 'Lubuk Buat Duit'

Lepas Hilang RNF, Yamaha Tak Mahu Anggap Pasukan Satelit 'Lubuk Buat Duit'

February 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA adalah satu-satunya pasukan yang mempertaruhkan dua jentera pengilang (factory) di grid MotoGP musim ini selepas kehilangan pasukan satelit RNF Racing yang menyertai kem Aprilia untuk dua musim akan datang.

Peranan pasukan satelit dalam Kejuaraan Dunia MotoGP menampakkan perubahan beberapa tahun lalu disebabkan pendekatan Ducati menerusi tiga pasukan satelit. Sebelum ini, pasukan satelit hanya dilihat sekadar 'pelanggan' kepada pasukan pengilang.

BACA >>> Petronas Taja MIE Racing Untuk WSBK, Hafizh Syahrin & Adam Norrodin Wakil Malaysia
BACA >>> RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia Musim Depan!
BACA >>> WithU Tinggalkan RNF, Lebih Berminat Taja Pasukan Bola Tampar

petronas-srt-bg
yamaha-with-u-rnf-razlan-lin-jarvis-bg

Yamaha pernah memiliki tiga pasukan satelit, iaitu Tech3, Petronas SRT dan RNF yang diakui dilihat sebagai satu perniagaan dan sumber pendapatan.

Sebaliknya pasukan lain seperti Ducati, KTM dan terbaharu Aprilia memiliki pandangan berbeza mengenai pasukan satelit, iaitu sebagai lanjutan kepada pasukan pengilang.

Pengurus Yamaha Racing, Lin Jarvis dipetik portal Motorsport.es, pasukan itu mahu hubungan baharu dengan pasukan satelit akan datang.

Kita bukan merujuk terus kepada Ducati. Tetapi pakej yang kami akan tawar apabila berlaku (dapat pasukan satelit baharu) tidak lagi sama seperti apa kami tawarkan lima tahun lalu.

"Hubungan dengan pasukan satelit sudah jadi lebih erat."

Sejak kehilangan RNF kepada Aprilia, Yamaha mula dikaitkan dengan potensi kerjasama dengan pasukan satelit milik legenda Valentino Rossi, iaitu VR46.

jorge-viegas
rossi-yamaha

Malah Presiden FIM, Jorge Viegas akhir tahun lalu pernah berkata;

Pasukan Valentino akan bertukar daripada Ducati kepada Yamaha untuk 2024. Belum ada apa yang muktamad tetapi ini ideanya."

Bagaimanapun, VR46 pantas menyangkal dakwaan Viegas kerana pasukan itu masih ada kontrak dengan Ducati hingga akhir 2024.

Yamaha juga mengendalikan pasukan bersama VR46 dalam kelas Moto2, iaitu Yamaha VR46 Master Camp menerusi duo pelumba, Manuel Gonzalez dan Keminth Kub0.

Yamaha VR46 Master Camp - 1
Yamaha VR46 Master Camp - 0

Jarvis berkata;

Aku tak nak komen pasal apa Viegas cakap. Aku cuma harapkan semua orang hormati pengaruh beliau. Sudah tentu kami nak dapatkan pasukan satelit secepat mungkin, tapi ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan."

"Pertama, kami perlu ada jentera kompetitif untuk yakinkan sesiapa saja memang berbaloi tukar motor (beralih pasukan ke Yamaha).

“Lepas tu, kami kena tawar perjanjian terbaik dengan memberi sokongan mantap bagi semua sudut.

“Dan terakhir, kita kena hormat kontrak dengan pihak yang mungkin berminat dan pembekal jentera semasa mereka. Kalau kami tak dapat buat semua ini untuk 2024, kami akan lakukan pada 2025.”

Pada November lalu, bos dan pemilik pasukan RNF, Datuk Razlan Razali pernah memberitahu Motorsport.com pada pasukannya mahu kekal bersama Yamaha untuk musim 2023, tetapi tidak dapat menerima kontrak yang ditawarkan cuma setahun.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Teknologi AI, VR Beri Kelebihan untuk Ducati Dominasi MotoGP?
BACA >>> Senarai Pelumba Tukar Jenama Helmet Baharu untuk MotoGP 2023
BACA >>> 5 Pelumba MotoGP Hadapi Tekanan Paling Tinggi Musim 2023

SUMBER: Motorsport

Related

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Razlan Razali, Kejuaraan Dunia MotoGP, MotoGP 2023, Petronas SRT, RNF, RNF Racing, Yamaha, Yamaha Tech3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev