Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri MITI: Kerajaan Tak Kawal Harga Kereta
Auto Terkini

Menteri MITI: Kerajaan Tak Kawal Harga Kereta

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize24/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERAJAAN tidak mengawal harga kenderaan di Malaysia, sebaliknya dipengaruhi daya pasaran.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan harga kenderaan dipengaruhi kos yang terlibat dalam pengeluaran kenderaan seperti:

  • Komponen digunakan.
  • Pengangkutan dan logistik
  • Insurans
  • Kadar faedah pinjaman
  • Teknologi baharu dan kos lain
  • Sebahagian kos juga dipengaruhi kadar tukaran wang asing.

Tengku Zafrul berkata, penentuan harga syarikat pengeluar kenderaan (OEM) turut mengambil kira keanjalan permintaan terhadap kenderaan. Kebiasaannya, kereta kategori mewah mempunyai keanjalan permintaan lebih rendah berbanding bukan mewah.

Selain itu, elemen teknologi terkini yang diterapkan dalam kenderaan bagi meningkatkan daya keselamatan untuk pemandu dan pengguna jalan raya juga mempengaruhi harga kenderaan dan harga kenderaan tidak boleh dibandingkan dengan model terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan lisan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) yang meminta MITI menyatakan langkah Kerajaan mengurangkan harga kenderaan.

Mengulas lanjut, Zafrul menyatakan setiap kenderaan secara umum tertakluk kepada duti import, duti eksais dan cukai jualan mengikut spesifikasi.

Duti dan cukai dikenakan juga menjadi sebahagian kos kenderaan sebelum syarikat menentukan harga pasaran.

Di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP), industri automotif tempatan sudah diberikan panduan dan hala tuju untuk menjadikan Malaysia hab pengeluaran kenderaan, terutama jenis cekap tenaga (EEV).

Bagi menarik pelaburan dalam aktiviti pengeluaran EEV, kerajaan menawarkan insentif cukai dalam bentuk pengecualian atau pengurangan duti eksais dan cukai jualan.

Kerajaan juga memberi pengecualian atau pengurangan duti import ke atas komponen komponen import untuk aktiviti pemasangan tempatan kenderaan,” katanya.

Selain mekanisme penilaian insentif bagi tujuan pengurangan duti dan cukai kenderaan, produk automotif seperti kenderaan import penuh (CBU), pemasangan tempatan (CKD) dan komponen diimport berpeluang menikmati duti import lebih rendah atau hingga sifar peratus di bawah Perjanjian Perdagangan Barang Asean (ATIGA) dan dari negara lain yang mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia.

BACA >>> MITI Minta Proton, Perodua Percepat Pengeluaran EV Nasional Rahmah
BACA >>> Tengku Zafrul Yakin EV, Hibrid Capai 15 Peratus Jualan Kenderaan Tujuh Tahun Lagi

SUMBER: BHarian

Auto Terkini Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz EEV Harga kenderaan Harga Kereta Malaysia Kementerian Perdaganan dan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia Menteri MITI MITI
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.