SEMUA projek pembinaan jalan raya besar di Wales telah dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap pelepasan emisi dan peningkatan trafik.
Pengumuman pembatalan semua projek pembinaan jalan utama Wales dibuat oleh Timbalan Menteri Perubahan Iklim Wales, Lee Waters, dan diikuti semakan yang bermula pada 2021 melibatkan beberapa projek.
Secara keseluruhan, 55 projek telah disemak termasuk jambatan Menai ketiga, A4042 di Wrexham, dan Laluan Merah di Flintshire.
Semua projek yang disemak kini sama ada dihentikan atau menunggu penilaian semula. Hanya 15 daripada 55 projek akan disambung semula pada masa hadapan.
Kerajaan Wales telah memutuskan bahawa projek itu akan meningkatkan bilangan kenderaan di jalan raya dan akan meningkatkan pelepasan emisi di negara itu.
Negara itu sungguh bermotivasi untuk menjaga alam sekitar yang juga merupakan sebahagian daripada matlamat emisi sifar bersih Wales untuk 2050.
Seperti yang dijangka, tindakan kerajaan Wales itu mengundang perasaan tidak puas hati sesetengah pihak yang berasa tidakan itu akan mengehadkan kapasiti pertumbuhan ekonomi negara.
Ini adalah perkara yang dikemukakan oleh pemimpin Welsh Conservatives, Andrew Davies sebagai tindak balas kepada ucapan oleh Waters di parlimen Wales.
Tindakan kerajaan Wales itu juga mendapat tentangan dari industri pembinaan negara itu kerana pembatalan projek-projek ini akan menyebabkan orang hilang kerja.
“Cadangan ini berisiko menjejaskan Wales dan menyebabkan ekonominya terhenti. Melainkan Menteri boleh menjamin alternatif kepada perjalanan kereta, mereka berisiko menyebabkan lebih banyak kesesakan di laluan sedia ada dan menyukarkan orang di kawasan luar bandar untuk bergerak dengan mudah," jelas Ketua Polisi jalan Raya RAC, Nicholas Lyes.
Nicholas menambah kerajaan Wales sepatutnya melihat bagaimana ia boleh membantu mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik untuk mempercepatkan penyahkarbonan.
Adakah tindakan kerajaan Wales ini sesuatu yang bagus?
BACA >>> Wales Rally GB, Toyota GB Anjur Pertandingan Reka Grafik Jentera Rali GR Yaris
BACA >>> New South Wales Cadang Naikkan Had Lesen Memandu Minimum 21 Tahun untuk Lelaki
SUMBER: Visor Down
Leave a Reply