• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelanggan Tempah Perodua Myvi Ubah Fikiran Pilih Beli Axia (2023)

Pelanggan Tempah Perodua Myvi Ubah Fikiran Pilih Beli Axia (2023)

February 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

610
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NAMPAKNYA ada trend pengguna yang membuat tempahan Perodua Myvi tiba-tiba berubah fikiran selepas melihat Axia serba baharu (2023).

Trend peralihan pembeli Myvi menjadi pembeli Axia serba baharu itu dipercayai melibatkan varian tertinggi Axia AV yang ditawarkan pada harga RM49,500 iaitu lebih murah berbanding varian Myvi X (RM49,900).

BACA >>> Perodua Masih 'Pujuk' Pembeli Axia Lama Tukar Axia Baharu (2023)
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar dengan Harga Mula RM38.6k!

Perubahan itu membentuk satu trend luar biasa iaitu setiap varian Axia baharu mewakili kira-kira 20 peratus daripada jumlah tempahan.

Setakat semalam, Perodua sudah menerima 32,000 tempahan Axia untuk semua varian iaitu G, X, SE dan AV. Jumlah itu termasuk tempahan tertunggak pembeli Axia lama iaitu lebih 20,000 unit.

Semasa ditanya mengenai tempahan Axia mengikut varian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata:

Sekarang ini, ia seimbang dengan setiap satu mewakili sekitar 20 peratus. Memang mengejutkan. Kita sedang membuat penilaian dan saya merasakan sebahagian itu adalah dari pembeli Axia itu sendiri.

"Tetapi untuk varian Axia tinggi dan sederhana itu datangnya dari pembeli model Myvi. Ini mungkin disebabkan rasa Axia baharu macam lebih besar. Bila dia tengok dalam ciri-ciri yang ada, ia lebih baik berbanding Myvi (varian tertentu).

"Mungkin mereka migrate dan (pecahan tempahan varian) jadi lebih seimbang."

Apabila ditanya seandainya pembeli Myvi tidak beralih atau membuat penukaran tempahan kepada model Axia, beliau menyatakan:

Kalau tidak (berlaku peralihan tempahan), kita jangka varian spesifikasi tengah (varian sederhana) akan jadi varian popular. Sekarang ini, trend tempahan adalah sekata dengan setiap satu varian sebanyak 20 peratus.”

Jelas beliau, selain pelanggan Myvi menukar tempahan, pembeli Axia juga terbahagi kepada dua kelompok iaitu:

  • Pembeli yang memilih kenderaan mengikut keperluan dan pembeli kereta pertama akan memilih varian asas atau sederhana.
  • Varian lebih tinggi akan dibeli pelanggan yang ada lebihan duit dan mereka yang mahu kereta kedua kegunaan isi rumah.

BACA >>> #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Mana Lagi Ngam?
BACA >>> Perodua Myvi (2022) Facelift Lancar, Ada 'Power Mode', A.S.A 3.0! Harga Mula RM45.7k!
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar dengan Harga Mula RM38.6k!
BACA >>> Tiada Lagi 4-EAT, Perodua Axia (2023) Guna Transmisi D-CVT, Apa yang Bagus?
BACA >>> Ada 220k Tempahan Tunggak, Pembeli Belum Dapat Axia Lama Digalak Tukar Perodua Axia (2023)
BACA >>> CEO: Tiada Perodua Bezza (2023) Baharu, Tahun Ini Cuma Ada Axia
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?

Related

610
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Perodua axia 2023, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my