• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skrin Infotainment Mercedes-Benz E-Class (2024) Boleh Layan TikTok, dan Mesyuarat Maya

Skrin Infotainment Mercedes-Benz E-Class (2024) Boleh Layan TikTok, dan Mesyuarat Maya

February 23, 2023 By Sharil Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELAIN membawa anda dari titik A ke B, Mercedes-Benz mahu mencipta kereta yang boleh dianggap sebagai ruang tamu bergerak, lengkap dengan pelbagai aplikasi dan ciri  menarik.

Diberi kod nama W214, Mercedes mengeluarkan foto acah kempen untuk sedan mewah jenama itu dengan menunjukkan ruang kabin Mercedes E-Class (2024) yang seakan mirip dalaman Mercedes EQE dengan gabungan tiga skrin pada papan pemuka.

Mercedes-Benz E-Class (2019) Kini di Malaysia dengan 2 Varian Baharu, Harga Bermula RM329k

Bagaimanapun, ventilator penyaman udara E-Class agak berbeza kerana menggunakan corong lebih kecil dan nipis, serta bukan seperti rekaan turbin dalam EQE.

Malah, Mercedes turut menukar sistem infotainmen MBUX sedan mewah itu kepada iPad yang lengkap dengan kamera swafoto untuk kegunaan Zoom dan Webex, permainan interaktif seperti Angry Bird dan aplikasi media sosial TikTok.

 

Walaupun ciri baharu itu dikuatiri menjejaskan fokus pemanduan, tetapi Mercedes sudah melengkapkan E-Class (2024) dengan amaran perhatian menerusi sensor pergerakan anak mata bagi memastikan pemandu tidak melihat paparan unit infotainmen ketika memandu.

Jika pemandu didapati cuba melihat paparan infotaimen ketika memandu, kecerahan skrin paparan akan dikurangkan supaya kurang jelas, tetapi pada masa sama masih dapat dipandang.

Selain ciri MBUX dipertingkat, Mercedes E-Class juga bakal menerima lampu ambien yang bertukar automatik mengikut rentak muzik dimainkan.

Mercedes E-Class juga dilengkapi sistem bunyi sekeliling Burmester dengan 17 pembesar suara dan 4 transduser sebagai ciri standard.

Buat masa ini, cuma itu maklumat didedahkan Mercedes mengenai E-Class (2024). Debut perdana peringkat global dijangka dibuat tahun ini.

BACA >>> Mercedes-Benz E-Class Raih Lebih 5 Bintang Euro NCAP, Tetapi Masih Bukan Terbaik
BACA >>> Pemandu Mercedes Plat Singapura Isi RON97 Dalam Tong Plastik, Netizen Terus Bersidang

SUMBER: Autoindustriya

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2024, Angry Bird, Auto Terkini, E-Class, EQE, interior, Mercedes-benz, Mercedes-Benz E-Class, Roda4, sedan mewah, selfie, TikTok, W214

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my