• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Magic Eye - Sistem AI Dibangunkan Skoda untuk Selenggara Mesin Kilang!

Magic Eye - Sistem AI Dibangunkan Skoda untuk Selenggara Mesin Kilang!

April 23, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM industri automotif hari ini, pengeluar sudahpun meneroka dan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) supaya kereta dapat berfungsi secara pintar.

Inilah 'rahsia' atau teknologi di sebalik kebolehfungsian kereta secara automatik tanpa bantuan pemandu.

AI sebenarnya ada banyak fungsi yang boleh memberi manfaat. Sebagai contoh Škoda Auto menggunakan pengecaman imej berasaskan AI bagi mengenal pasti keperluan penyelenggaran untuk mesin di kilang pemasangan kenderaan.

Di kilang utama di Mladá Boleslav, Škoda memasang sistem AI, dikenali sebagai Magic Eye bagi mengawasi perkakasan barisan pemasangan kenderaan secara berterusan. Sistem itu akan mengesan sesuatu yang janggal dan mengenal pasti sebarang kerja penyelenggaraan diperlukan.

Kamera Konveyor Atas (Overhead Conveyor)

Imej perkakasan dan peralatan yang terdedah kepada lusuh (wear) seperti galang (girder), bolt dan kabel dirakam kamera yang terletak pada konveyor atas barisan pemasangan.

Sebaik saja sistem AI terhubung kamera mengesan sesuatu kejanggalan, sistem akan menghantar isyarat secara masa nyata.

Bagaimanakah Dapat Kesan?

Sistem Magic Eye membandingkan foto kejituan tinggi yang dirakam dengan ribuan foto dalam simpanan.

Kaedah itu membolehkan sistem mengesan ketidaksamaan daripada kondisi optimum ditetapkan dan mengenal pasti sumber kesilapan. Penggunaan lampu biru memastikan perkakasan AI dapat mengesan perbezaan antara rekahan dan calar serta membuat diagnosis yang betul.

Sistem Bertambah Cerdik

Selain itu, sistem akan terus meluaskan asas pengetahuan dan menjadi antara ciri utama AI.

Jika menemui bolt haus dan diganti, sistem akan menandakan sebagai bebas ralat sebaik saja ia diganti dan membuat pemeriksaan semula. Bagi menilai sisihan (deviation) pula, sistem menggunakan maklumat ketidaksamaan yang dikenal pasti sebelum ini.

Barisan Pemasangan Enyaq iV dan Octavia

Škoda ENYAQ iV vRS
Škoda Octavia

Škoda kini menggunakan Magic Eye pada barisan pemasangan model Enyaq iV dan Octavia. Bagi mengembangkan lagi penggunaan Magic Eye di kilang Mladá Boleslav dan Kvasiny, Škoda mengkhaskan satu bahagian pada barisan pemasangan.

Ruang itu boleh digunakan sebagai eksperimen bagi menguji tetapan kamera berbeza, penetapan sistem dan simulasi kerosakan pada barisan pemasangan.

BACA >>> Sedan Škoda Slavia Buatan India Lancar, Enjin 1.0L Turbo, Manual 6-Kelajuan
BACA >>> Škoda Octavia - Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ai, artificial intelligence, Auto Terkini, ŠKODA, ŠKODA Auto, Škoda Magic Eye

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev