• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 200k Pengunjung Bakal Hadiri Malaysia Autoshow 2023, Ada Model Bakal Lancar?

200k Pengunjung Bakal Hadiri Malaysia Autoshow 2023, Ada Model Bakal Lancar?

February 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MALAYSIA Autoshow 2023 bakal berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor selama empat hari bermula 4 Mei 2023.

Acara anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) akan menampilkan lebih 100 kenderaan untuk pameran. Seramai 200,000 pengunjung dijangka hadir ke acara kali ini. Tiket kemasukan ialah RM15, kemasukan percuma untuk warga emas dan kanak-kanak bawah 10 tahun.

BACA >>> Selepas Tiga Tahun, Malaysia Autoshow 2023 Kembali Mei Ini di MAEPS!

Sumber memberitahu ada lima pengeluar kenderaan mungkin memperkenalkan model versi dipertingkat dan model baharu di pameran Malaysia Autoshow 2023. Khabarnya, mungkin membabitkan salah satu pengeluar jenama tempatan.

Lebih menarik, ada seunit Perodua Alza disediakan sebagai hadiah pertandingan pengunjung. Malaysia Autoshow 2023 menampakkan kelainan dengan tambahan tiga sub-pameran.

Berikut ialah perinciannya:

  • Tarikh: 4 hingga 7 Mei 2023
  • Lokasi: MAEPS
  • Waktu: 10 pagi hingga 10 malam

BACA >>> MARii Serah Hadiah Kepada 4 Pemenang Cabutan Bertuah Malaysia Autoshow 2019

4 PAMERAN SERENTAK

Malaysia Autoshow

Tempat: Dewan A dan A1 (kenderaan) dan Dewan C (aksesori).

  • Melibatkan pameran kenderaan jenis sedan, sport, hatchback, van mini, coupe, kereta kompak, kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan hibrid, trak pikap dan van.
  • Turut memperagakan aksesori kereta.

Malaysia EV Show

Tempat: Dewan C

  • Merangkumi pameran kenderaan bateri elektrik (BEV), hibrid elektrik, plug-in hybrid (PHEV) dan sel bahan api (FCEV).
  • Ada pameran stesen pengecas untuk dipasang di rumah, tayar kereta elektrik (EV), kabel pengecas dan kord sambungan.

Malaysia Bike Show

Tempat: Dewan B dan Laman Tiba

  • Pameran pelbagai kategori motosikal seperti sport, naked, superbike, street bike, touring, touring (termasuk sport dan adventure), cruiser, chopper, easy rider, kafe racer, offroad (termasuk trail, motocross dan enduro), super moto, skuter dan skuter elektrik.
  • Ada juga ruang pempamer aksesori motosikal.

Charged 2023

Tempat: Dewan C

  • Melibatkan aksesori kereta, alat ganti dan komponen, aplikasi pengecasan EV, port pengecasan EV, bateri EV, aksesori EV dan institusi.

ACARA LUAR DEWAN

  • Ada dua laluan pandu uji sepanjang 4.5km untuk pengunjung merasai sesi ujian kereta.
  • Dewan Premium mempamerkan teknologi terbaik dalam pasaran untuk segmen premium.
  • Peluang mencuba pengalaman off-road.
  • Pengalaman teksi drift dengan kenderaan berprestasi.
  • Demonstrasi teknologi keselamatan kenderaan.
  • Food truck di Malaysia Autoshow Auto Village.
  • Konsert, cosplay, tarian dan banyak lagi.

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Institut Automotif, Malaysia Autoshow 2023, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev