• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ferrari Cari Pelatih Remaja - Tambah Modul Enjin Klasik dalam Silibus Pembelajaran

Ferrari Cari Pelatih Remaja - Tambah Modul Enjin Klasik dalam Silibus Pembelajaran

March 2, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA anda berusia 16 hingga 19 tahun dan berminat dalam bidang automotif, mungkin anda boleh cuba mendaftarkan diri dalam program pelatih Ferrari Eropah Utara. Skim tersebut terbuka kepada remaja lepasan sekolah yang mahu bekerja dengan pengedar-pengedar rasmi Ferrari.

Ada beberapa peranan kelayakan yang berbeza seperti juruteknik penyenggaraan, penasihat alat ganti dan juruteknik kedai badan (bodyshop). Lebih menarik, Ferrari turut menambah silibus baharu dalam skim tersebut dengan memuatkan modul yang menumpukan kepada teknologi kereta klasik.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membelai enjin Testarossa, inilah masanya!

MODUL FERRARI KLASIK TURUT DIAJAR

Enjin Ferrari Testarossa.
Enjin Ferrari Testarossa.
Graduan Ferrari, September 2016.
Graduan Ferrari, September 2016.

Model baharu ini akan mengajar pelatih tentang pelbagai sistem yang bakal mereka hadapi seandainya perlu membaiki model Ferrari lama, termasuk kereta klasik lain. Pelatih akan diajar tentang sistem pencucuhan berasaskan magneto, pengagih poin dual, kotak gear tanpa sinkronais, sistem suntikan bahan api mekanikal dan pelbagai tetapan karburetor.

Semua pengetahuan tersebut boleh dianggap sebagai pembelajaran yang sukar dipelajari pada masa kini. Jadi, skim berkenaan diharapkan dapat membantu meneruskan kesinambungan operasi dan penyenggaraan model-model Ferrari klasik pada masa akan datang. Malah, kemahiran yang akan dipelajari juga boleh digunakan pada model klasik lain. Jadi, pelatih tidak perlu bimbang tentang peluang pekerjaan pada masa depan.

LABUR RATUSAN RIBU PAUN STERLING

Ferrari 328GTS

Jika mendaftar bagi pengambilan September 2017, anda akan memulakan sesi pembelajaran dalam modul latihan klasik pada tahun ketiga.

Ferrari melabur sejumlah  £500,000 (RM2.73 juta) dalam fasiliti untuk skim perantis, termasuk membina kelas dengan dua kegunaan, iaitu sebagai bengkel dengan dua tanjakan berserta alatan berjumlah lebih £20,000 (RM109,267). Seorang pengajar akan ditugaskan mengajar pelatih dengan menyediakan kereta dan kelengkapan alat ganti bagi tujuan latihan.

Ketahui lebih lanjut tentang skim itu dengan layari ferrariapprenticeship.co.uk

SUMBER: DriveTribe

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ferrari, Ferrari cari remaja lepasa sekolah, mekanik Ferrari, pelatih Ferrari, perantis Ferrari, program perantis Ferrari Eropah Utara, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev