• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Paten Sistem Pengesan Kemalangan, Boleh Kesan Penunggang Sedar Atau Tidak

Honda Paten Sistem Pengesan Kemalangan, Boleh Kesan Penunggang Sedar Atau Tidak

February 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA baru-baru ini telah memfailkan paten untuk sistem pengesanan kemalangan jenis baharu yang direka untuk bukan sahaja memberi amaran jika berlaku kemalangan tetapi juga mengesan pergerakan penunggang untuk mentafsir sama ada mereka tidak sedarkan diri atau tidak.

Sistem pengesan kemalangan Honda ini menggunakan ECU motosikal, telefon penunggang serta set kepala Bluetooth untuk 'mengesan' kecederaan serius kepada penunggang.

Walaupun amaran kemalangan untuk penunggang motosikal bukanlah perkara baru, namun sistem itu hanya memaklumkan bahawa kemalangan telah berlaku, bukanlah keadaan penumpang.

Sistem ini menggunakan unit pengurusan Inertia (IMU) dan penderia motosikal bersama telefon pintar penunggang untuk mengesan apabila kemalangan telah berlaku. Ia kemudian menggabungkan data itu dengan data daripada set kepala Bluetooth penunggang (sekiranya mereka memakainya) untuk mengenal pasti jika bantuan diperlukan dan membuat panggilan yang sesuai.

Data yang dikumpulkan sistem itu membolehkan ia mengesan jika penunggang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan atau sebaliknya. Jika penunggang masih bergerak, sistem akan menghalang panggilan keluar kepada pihak berkuasa, menyelamatkan penunggang daripada menjelaskan keadaan kepada pengendali panggilan bahawa mereka baik-baik saja.

Selain itu, walaupun penderia kecondongan konvensional pada motosikal kini boleh mengetahui sama ada motosikal itu tegak atau terbaring di sisinya, namun panggilan untuk ambulans tidak akan dibuat jika penunggang menjatuhkan motosikal sebelum menunggang.

Walaupun sistem ini sememangnya kelihatan berguna untuk penunggang, namun persoalannya bolehkah sistem ini bergantung hanya pada data daripada telefon pintar untuk membantu memahami keadaan penunggang? Adakah ia masih berfungsi apabila set kepala Bluetooth tidak digunakan?

Buat masa ini, sistem itu dalam peringkat patennya, tetapi ciri keselamatan ini adalah ciri yang kami nantikan untuk melihat pada motosikal Honda jika ia melepasi fasa pembangunan dan ujian.

BACA >>> Neo-Retro Honda CL500 (2023) Tiba di UK April ini, Harga RM31k
BACA >>> Honda CM300 (2023) Lancar di China, Harga RM22k!

SUMBER: Visor Down

Related

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bluetooth, ECU, Honda, IMU, motosikal, paten, sistem pengesanan kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my