• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jangan Jual Kereta Kepada Warga Asing Tanpa Tukar Status Hak Milik

Jangan Jual Kereta Kepada Warga Asing Tanpa Tukar Status Hak Milik

February 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAKYAT Malaysia dinasihatkan jangan menjual kenderaan kepada warga Rohingya atau mana-mana warga asing tanpa menukar hak milik kenderaan kerana kenderaan itu berisiko digunakan untuk kegiatan jenayah.

Isu berhubung penjualan kenderaan kepada warga asing tanpa penukaran hak milik sudah lama berlaku di negara melalui segelintir pihak yang ingin me­ngaut keuntungan berlipat ganda.

Mungkin ramai tidak sedar, penjualan kenderaan kepada warga asing tanpa penukaran hak milik adalah salah di sisi undang-undang serta merisikokan diri dan pengguna jalan raya lain.

Presiden Persekutuan Persa­tuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia, Datuk Tony Khor Chong Boon berkata, hal itu boleh me­ngundang kejadian jenayah seperti pembuli jalanan, rompakan dan salah laku jalan raya yang tidak disedari pemilik kenderaan itu sendiri.

Beliau berkata:

Tidak menukar nama hak milik kenderaan sememangnya salah di sisi undang-undang. Jika terdapat kesalahan jalan raya ia adalah kesalahan atas pemilik kenderaan bukan pihak yang membeli kenderaan itu.

Ini akan menyebabkan pemilik kenderaan sendiri perlu menanggung risiko serta diburu pihak berkuasa jika didapati mempunyai rekod jenayah.”

Katanya, pembeli juga harus mengikut saluran yang betul untuk membeli sebarang kenderaan dan mengelak berlakunya tipu beli dalam penjualan kenderaan.

Tambah beliau:

Penjual juga jangan mengambil kesempatan terhadap warga asing ini. Ada antara mereka mempunyai dokumen sah dan boleh tukar hak milik, tetapi penjual lebih memilih untuk tidak menukar hak milik untuk dapat untung lebih tinggi.”

Baru-baru ini, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang menyita sebuah kenderaan persendirian di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan tiada lesen memandu yang dipandu warga Myanmar. Kenderaan tersebut ditahan di Jalan Perai Jaya 1, semasa anggota penguatkuasa menjalankan tugas di situ.

Sekadar perkongsian, Lesen Memandu Suruhanhaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) juga tidak sah digunakan untuk memandu apa jua kenderaan di Malaysia seperti yang diberitahu JPJ sebelum ini.

Menurut JPJ:

Ini selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, ia berdasarkan kepada petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia."

BACA >>> Menteri: Warga Rohingya Jangan Naik Kepala Langgar Undang-Undang Negara
BACA >>> JPJ Gempur Warga Asing Pandu Trak Pikap Putih, Lori di Cameron Highlands

SUMBER: Kosmo

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Datuk Tony Khor Chong Boon, Lesen Memandu Suruhanhaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Myanmar, PATI, Pemegang Kad UNCHR, Rohingya, warga asing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev