• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha R25 Pamer Plat Palsu Disita, Netizen Syak Motor Lari Kedai

Yamaha R25 Pamer Plat Palsu Disita, Netizen Syak Motor Lari Kedai

February 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

952
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG wanita yang menunggang Yamaha R25 berwarna merah telah ditahan oleh Unit Operasi JPJ Pulau Pinang kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurut JPJ Pulau Pinang, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Yamaha R25 itu juga telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans manakala penunggang wanita itu tidak mempunyai lesen memandu.

R25 tersebut ditahan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth, oleh anggota penguatkuasaan JPJ dalam rondaan dikawasan tersebut dan telah disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi perkongsian penahanan ini di Facebook JPJ Pulau Pinang, rata-rata netizen menyifatkan Yamaha R25 itu mungkin motor lari kedai, motosikal curi atau motor piang.

Kebiasaannya, motosikal baharu yang menggunakan nombor plat palsu kemungkinan besar ingin menyembunyikan identiti sebenar motosikal itu bagi mengelak ia dikesan oleh pihak berkuasa.

Apa-apa pun, sebelum membeli motosikal terpakai, pastikan motosikal itu mempunyai dokumen lengkap dan bebas dari sebarang masalah seperti ini bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada anda di masa hadapan.

BACA >>> 94 Saman Sebab Kesalahan Nombor Plat, 81 Motosikal Kena Sita
BACA >>> Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k

Related

952
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, JPJ Pulau Pinang, lari kedai, motor piang, Nombor Pendaftaran Palsu, nombor plat palsu, sita, wanita, Yamaha R25

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my