• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loncin Dedah Skuter Elektrik Bicose Real 5T (2023) Dengan 389Nm Tork

Loncin Dedah Skuter Elektrik Bicose Real 5T (2023) Dengan 389Nm Tork

February 20, 2023 By Sharil Leave a Comment

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR dari China, Loncin telah mendedahkan skuter elektrik baharu di bawah jenama Bicose, iaitu Real 5T baharu yang direka bentuk untuk menjadi setara dengan skuter elektrik 125cc dari segi kuasa dan prestasinya, menandakan ia boleh diakses dengan mudah.

Bicose Real 5T dikuasakan oleh motor elektrik yang diletakkan di tengah-tengah jentera dan kemudian menghantar kuasa ke roda belakang melalui tali sawat pemacu.

Dari segi prestasi, Real 5T dihadkan kepada output maksimum sebanyak 15 kuasa kuda. Namun ia menawarkan nilai tork pada 389Nm, membolehkan motosikal itu mencapai 50km/j dalam 2.6 saat. Kelajuan maksimum pula dikatakan berada pada 115 kilometer sejam.

Real 5T dipasang dengan dua bateri litium 89V, 27Ah yang tidak boleh ditanggalkan yang ditempatkan di bahagian bawah casis untuk memberikan pusat graviti yang rendah dan membolehkan ia stabil untuk ditunggang,

Bagaimanapun, ciri bateri yang tidak boleh ditanggalkan pada Bicose Real 5T ini merupakan satu kelemahan skuter elektrik ini.

Bicose Real 5T mempunyai jarak perjalanan luar biasa sehingga 240 kilometer apabila dalam mod eko dengan sekali cas.

Skuter ini juga dilengkapi dengan pengecas terbina dalam 1.84kW yang serasi dengan soket CCS Type 2. Ini membolehkan bateri dicas dari sifar hingga 80 peratus dalam masa dua jam sahaja.

Real 5T mendapat tiga mod pemanduan, kawalan cengkaman, lampu amaran automatik, dan juga gear undur untuk pergerakan mudah di tempat letak kereta yang sempit.

Penggunaan suspensi tunggal aloi aluminium membolehkan ia menempatkan ruang penyimpanan yang besar pada Real 5T iaitu 33 liter.

Secara keseluruhan, model Bicose baharu mempunyai penggayaan, prestasi yang baik dan dikonfigurasikan dengan baik.

Bicose Real 5T masih dalam fasa pra-pengeluaran jadi harganya masih belum didedahkan kepada umum. Walau bagaimanapun, skuter elektrik baharu itu mungkin bakal dikeluarkan pada pertengahan tahun 2023.

BACA >>> Loncin GP300 - Ducati Panigale Mini Terbaharu dari China
BACA >>> Loncin Masuk Pasaran Motosikal Elektrik Menerusi Bicose Real 5T (2023)

SUMBER: Visor Down

Related

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2023, Bicose, Bicose Real 5T (2023), China, Loncin, skuter elektrik, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my