TAHUKAH anda persoalan paling kerap ditanya ketika mahu membeli sportbike aras mula (entry level) selain kapcai adalah "mahu pilih fairing atau naked?"
Jom kami bantu anda pilih sportbike apa yang sesuai dengan jiwa.
BACA >>> #TunggangUji: KTM 200 Duke ABS (2022) yang Lebih Berkarakter, Tangkas
BACA >>> #TunggangUji: KTM RC 200 (2022) Kini Lebih Mudah Ditunggang, Tork Lebih Padu!
Bagi memberikan perbezaan lebih jelas, kami menggunakan dua model sportbike sama dari segi enjin, tetapi berbeza karakter, iaitu KTM RC 200 (fairing) dan KTM Duke 200 (naked).
Sebelum pergi lebih lanjut mengenai sportbike fairing dan naked, berikut spesifikasi KTM Duke 200 dan KTM RC 200:
KTM DUKE 200
- Harga: RM13,888
- Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 200cc penyejukan cecair berkuasa 26hp, dan tork 19.5Nm
- Suspensi fork terbalik (USD) WP Apex (depan) dan monoshock WP Apex (belakang)
- Sistem brek cakera tunggal dengan kaliper 4-piston Bybre dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch di depan dan belakang.
- Frem trellis ringan, lampu depan halogen, lampu belakang LED, panel meter LCD (jingga-putih), rim aloi 17 inci, mod Supermoto, kapasiti tangki petrol 13.4 liter dengan penjimatan bahan api 35km per liter.
KTM RC 200
- Harga: RM15,888
- Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 200cc penyejukan cecair berkuasa 26hp, dan tork 19.5Nm
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) WP Apex (depan) dan monoshock WP Apex (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal dengan kaliper 4-piston Bybre dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch di depan dan belakang.
- Fairing aerodinamik penuh, liveri ilham MotoGP, visor angin aerodinamik, lampu utama halogen, lampu siang (DRL) dan lampu belakang LED, cermin sisi boleh laras, pemetaan enjin dipertingka, radiatorlengkung, frem trellis ringan, mod Supermoto, pelana Alcantara, kapasiti tangki petrol 13.7 liter.
SPORTBIKE FAIRING VS NAKED
1. Rekabentuk
Perbezaan paling jelas antara sportbike naked dan fairing ialah rekabentuk. KTM RC 200 dilengkapi fairing penuh yang menggabungkan panel badan dan kepala. Ini membuatkan sportbike itu tampak lebih besar.
Fairing itu juga menambah ciri aerodinamik KTM RC 200 yang lebih stabil ketika menunggang laju.
Walaupun casis trellis digunakan kedua-dua model sama ringan, tetapi rekabentuk KTM 200 Duke tanpa fairing yang lebih togel menjadikan sportbike naked itu lebih ringan dan mudah dikawal.
2. Prestasi
Kedua-dua model turut menggunakan enjin sama yang menjana kuasa 26hp dan tork 19.5Nm. Namun, karakter enjin sportbike fairing dan naked adalah berbeza sama sekali.
KTM Duke 200 menawarkan daya pikap lebih kuat kerana lebih ringan, sekali gus memberikan nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight) yang lebih baik. Bagaimanapun, kelajuan maksimum tidak setinggi dan semudah dicapai KTM RC 200 disebabkan kelemahan faktor aerodinamik untuk meredah rintangan angin kuat.
KTM RC 200 pula lebih stabil ketika menunggang laju kerana memiliki ciri aerodinamik dengan karakter enjin yang menumpukan aspek kelajuan.
Kesimpulannya, KTM Duke 200 lebih menyerlah pada daya pikap, manakala KTM RC 200 lebih pasu pada kelajuan maksimum.
3. Ergonomik
Tidak dinafikan, sportbike naked seperti KTM Duke 200 lebih selesa ditunggang kerana menawarkan postur tunggangan menegak dan psosisi hendal tinggi.
Walaupun KTM RC 200 mendapat pelana Alcantara yang lebih eksklusif dan selesa, tetapi postur tunggangan menunduk sebenarnya tidaklah seselesa dimiliki KTM 200 Duke. Namun, postur menunduk adalah lebih stabil dan selesa ketika melenjan selekoh tajam, termasuk memecut laju.
4. Praktikaliti
Dari segi praktikaliti, KTM Duke 200 lebih sesuai dalam bandar kerana lebih mudah dikawal ketika menyelit di kawasan lalu lintas sesak dan sempit.
Tetapi untuk tunggang di lebuh raya atau trek, KTM RC 200 jauh lebih selesa dan mampu menghalang anda 'termenung' ditinggalkan lawan lain yang lebih berkuasa dan tangkas.
Namun menunggang sportbike seperti KTM RC 200 untuk jangka masa lama dan jauh, boleh membuatkan lenguh dan sengal badan dan pinggang, terutama kepada penunggang kategori veteran.
KESIMPULAN
Pemilihan sportbike naked atau fairing bergantung kepada minat seseorang individu itu. Sportbike naked lebih praktikal dijadikan motosikal harian kerana selesa ditunggang.
Sportbike fairing pula lebih sedap untuk beraksi di selekoh, dan meredah rintangan angin selain nampak hebat kerana memiliki gaya ala jentera lumba. Bagaimanapun, sportbike fairing itu tidak menjanjikan keselesaan setanding jentera naked.
Tidak percaya? Apa kata singgah ke bilik pameran KTM berdekatan anda. Cubalah bandingkan sendiri antara KTM Duke 200 dan KTM RC 200.
Pendaftar dua model sportbike KTM itu pada 1 Disember 2022 hingga 31 Mac 2023 berpeluang menikmati faedah penyelenggaraan percuma selama setahun bernilai hingga RM1,237, termasuk kos buruh, penapis enjin, minyak enjin dan shim (tertakhluk terma dan syarat).
BACA >>> #TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!
BACA >>> KTM Brabus 1300 R (2023) Tayang di Vietnam, Bakal ke Eropah?
Leave a Reply