• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Crossover Bajet dengan Nama Singa Lion King, Hyundai Mufasa Bakal Lancar di China

Crossover Bajet dengan Nama Singa Lion King, Hyundai Mufasa Bakal Lancar di China

February 17, 2023 By Sharil 1 Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HYUNDAI bakal mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) serba baharu jenama itu yang diberi nama Mufasa, sama seperti watak animasi dalam filem Disney, The Lion King (1994) tidak lama lagi.

Walaupun sebab nama itu dipilih masih jadi misteri, tetapi penggunaan nama yang mudah dikenali itu pasti membuatkan ramai bersembang mengenai model berkenaan.

BACA >>> Kajian: Hyundai Tucson Dipilih Kereta Paling Puas Hati Pembeli UK
BACA >>> Hyundai IONIQ 5 Bangunkan Sistem Roda Boleh Gerak Sisi Macam Ketam?

SUV atau lebih tepat crossover Hyundai Mufasa itu masih belum didedahkan secara rasmi, tetapi gambar model tersebut sudah tersebar.

Hyundai Mufasa (2023) bakal dilancarkan secara rasmi di Pameran Auto Shanghai (2023), bulan depan dan dijangka hanya dijual untuk pasaran China berdasarkan nama unik digunakan.

Walaupun produk Hyundai, model itu menampilkan rupa depan garang dengan gril disepadukan lampu LED vertikal seakan mengambil ilham Kia Sportage generasi baharu. Rupa belakang juga unik dengan rekaan lampu LED bujur.

Garisan bumbung direka melandai ke belakang seperti Hyundai Tucson (foto atas) dengan ciri difuser belakang, rim aloi hitam kilat, cermin sisi, dan pilar-B, -C dan -D hitam.

Hyundai Mufasa memiliki dimensi panjang 4,475mm, lebar 1,850mm, dan tinggi 1,686mm yang membuatkan crossover itu tampak lebih kompak berbanding Hyundai Tucson, tetapi lebih besar daripada Hyundai Kona.

Crossover itu akan dijana enjin 4-silinder aspirasi natural (NA) petrol 2.0L berkuasa 158hp, tetapi tiada varian hibrid atau elektrik yang menandakan model tersebut akan berada dalam segmen crossover bajet.

Ada satu persoalan, adakah penggunaan nama Hyundai Mufasa akan diganggu peguam Disney yang sentiasa sensitif dengan penggunaan nama hak cipta mereka?

BACA >>> Hyundai Palisade (2023) Versi Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM369k
BACA >>> Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Beli SUV guna wang syiling, China, Crossover, Disney, Hyundai Mufasa, Hyundai Tucson, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia Sportage, Mufasa, Roda4, The Lion King

Comments

  1. axia baru says

    February 18, 2023 at 4:54 PM

    dah macam nama melayu aje.. huuhuh..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my