• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Neo-Retro Honda CL500 (2023) Tiba di UK April ini, Harga RM31k

Neo-Retro Honda CL500 (2023) Tiba di UK April ini, Harga RM31k

February 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA  mengumumkan harga model naked retro Honda CL500 (2023) untuk pasaran Britain pada harga £5,999 (RM31,720).

Honda CL500 (2023) diperkenalkan November lalu di Pameran Motosikal Milan (EICMA) dan dijangka tiba di Britain April tahun ini.  Roadster ini adalah permulaan kepada barisan neo-retro Honda yang berpotensi dijelmakan sebagai Honda CL300 menjelang akhir 2023.

BACA >>> Model Neo Retro Honda CL300 (2023) Lancar untuk Pasaran China, Guna Platform Rebel 300
BACA >>> Honda Rebel 500 (2022) Malaysia Tambah Warna Baharu, Harga RM32.8k!

Spesifikasi Honda CL500

Rekabentuk Honda CL500 tidak jauh beza dengan Honda CMX 500 Rebel walaupun tanpa subfrem rendah kerana bahagian belakang diganti menyerupai model siri CL asal yang lengkap dengan silenser bersalut kualiti tinggi.

Enjin diambil daripada Honda CMX 500, jenis dwi-silinder 471cc dengan suntikan bahan api (FI) dikemas kini berkuasa 45.9hp dan tork 43.4Nm. Transmisi manual 6 kelajuan yang dilengkapi ciri klac antigelincir Assist & Slipper (ASC).

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 41mm di depan, dan absorber kembar di belakang.

Sistem brek pula jenis cakera tunggal 310mm dengan kaliper 2-piston di depan, dan cakera tunggal 240mm dengan kaliper piston tunggal. Kedua-dua brek ini memiliki ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tayar depan bersaiz 19 inci , dan tayar belakang 17 inci untuk memberikan ekstra cengkaman di pelbagai permukaan jalan. Tayar diberikan jenis Dunlop Mixtours 110/80 (depan), dan 150/70 (belakang).

Tiada lagi ciri ergonomik Honda CMX500. Rekabentuk Honda CL500 lebih menumpukan gaya scrambler, tetapi tinggi pelana masih mudah diakses pada jarak tinggi 790mm.

Panel meter LCD bulat berfungsi memaparkan maklumat kepada penunggang seperti indikator gear, penggunaan bahan api dan spidometer. Kapasiti tangki minyak 12 liter, manakala penggunaan bahan api 27.7km per liter.

BACA >>> Model Neo Retro Honda CL300 (2023) Lancar untuk Pasaran China, Guna Platform Rebel 300
BACA >>> Honda Rebel 500 (2023) Lancar di Eropah dengan Tambahan Varian Baharu

CL500 2023 1
CL500 2023 3
CL500 2023 5
CL500 2023 6
CL500 2023 8
CL500 2023 7
Honda CL500 2023
CL500 2023

SUMBER: Visor Down

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CL300, Honda, Honda CL500 (2023), Honda CMX500 Rebel, Honda Rebel 500, neo retro, roda2, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev