• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi TT Final Edition (2023), Unit Istimewa Sempena Tamat Model Ikonik, Harga Mula RM221k

Audi TT Final Edition (2023), Unit Istimewa Sempena Tamat Model Ikonik, Harga Mula RM221k

March 6, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

AUDI TT ialah  kereta sport 2-pintu 'low key' yang sudah menjangkau tiga generasi sejak dilancarkan pada September 1998.

Antara pereka terlibat dalam Audi TT pertama ialah Peter Schreyer, manakala model generasi kedua yang diperkenalkan pada April 2006 mendapat sentuhan Walter de'Silva. Generasi ketiga pula dilancarkan pada 2014 dengan rekabentuk ibarat 'baby R8'.

BACA >>> Tempahan Audi e-tron (2023) Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Harga RM369k-RM769k
BACA >> Nampak Macam Biasa, Tapi Porsche Ini Guna Nadi Elektrik Buatan Everrati!

Lama di pasaran, pengeluaran Audi TT kini bakal ditamatkan. Justeru Audi UK memperkenalkan model khas Audi TT Final Edition (2023) yang mula ditawarkan bulan ini (Mac 2023).

Audi TT Final Edition (2023) dibina dalam gaya badan coupé dan roadster dengan penghantaran pertama bermula April depan.

Apakah perancangan Audi untuk TT baharu? Dalam era elektrifikasi masa kini, model selepas ini mungkin mengikut trend sama. Justeru, Audi TT Final Edition (2023) dilihat berpotensi menjadi barangan koleksi pengumpul (collector's item).

Audi TT Final Edition diletakkan di kedudukan teratas varian TT dengan spesifikasi tinggi dan ciri eksklusif. Bahagian luar membawa pek gaya hitam dengan logo Audi, cermin sisi, muncung ekzos dan spoiler hitam. Model roadster pula menerima bar rollover dan difuser juga dalam warna hitam.

Cermin privasi (untuk coupé), kaliper brek merah dan rim aloi 20 inci kelabu kusam potongan berlian (matt grey diamond cut) dengan corak Y lima rongga melengkapi ciri luaran.

Audi TT S Final Edition (2023) dibezakan menerusi rim aloi Audi Sport tujuh rongga dalam warna hitam Anthracite Black. Warna badan diberi tiga pilihan: Tango Red (merah), Glacier White (putih) dan Chronos Grey (kelabu).

Ruang kabin dilengkapi komponen seperti perehat tangan, penarik stereng dan kemasan kulit pada konsol tengah yang juga pakej tambahan pek kulit.

Stereng Alcantara sulaman merah dan penanda jam 12. Kerusi turut menerima kemasan Alcantara dan sulaman merah, termasuk karpet kaki dan piping merah.

Ciri khas Final Edition diteruskan dengan trim Tango Red pada kerusi, ventilator udara dan konsol tengah (coupé sahaja). Pek Teknologi Audi dijadikan ciri standard dengan tambahan sistem navigasi MMI Navigation Plus with MMI Touch dan servis langganan konektiviti Audi Audi Connect Infotainment Services selama 36 bulan.

Audi TTS Final Edition (2023) lebih istimewa dengan pek Comfort & Sound Pack melibatkan sistem bunyi Bang & Olufsen, kunci canggih, dan kamera undur sensor parkir penuh.

Harga Audi TT Final Edition

  • Audi TT Final Edition 40 TFSI coupé - £41,910 (RM221,760)
  • Audi TT Final Edition 45 TFSI quattro coupé - £46,525 (RM246,180)
  • Audi TTS Final Edition Coupe - £54,685 (RM289,340)

Britain adalah satu daripada pasaran terbesar Audi TT. Pada 2022, sebanyak 2,672 unit berjaya dijual di negara itu yang melibatkan lebih 33 peratus jualan keseluruhan global.

BACA >>> Audi RS 6 Avant Performance, Audi RS 7 Sportback Performance (2023) Kini Lebih Berkuasa!
BACA >>> Audi Quattro RR (1990) Kondisi Baik dengan Perbatuan 52,500km Ini Dilelong RM467k!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Audi, Audi TT, Audi TT Final Edition, Auti TT Final Edition (2023), Kereta Sport, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my