• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Tarik Diri Dari British Superbikes, Hawk Racing Guna Honda CBR1000RR-R

Suzuki Tarik Diri Dari British Superbikes, Hawk Racing Guna Honda CBR1000RR-R

February 16, 2023 By Sharil Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NAMA Suzuki amat menyedihkan sejak sembilan bulan terakhir ini setelah meninggalkan MotoGP, menghentikan sokongan kilang untuk program Kejuaraan Dunia Endurance dan kini mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan British Superbike.

Perkara itu disahkan Suzuki sehari selepas pengumuman dibuat oleh Hawk Racing, satu-satunya pastukan yang mewakili penyertaan rasmi Suzuki di BSB.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hawk Racing (@_hawkracing)

Hubungan Hawk Racing dengan Suzuki terjalin sejak 2017 pada permulaan generasi semasa Suzuki GSX-R1000R, yang kini telah ditarik balik daripada pasaran Eropah.

Sementara itu, Hawk Racing bakal menggantikan motosikal Suzuki yang diguna mereka sebelum ini dengan motosikal Honda CBR1000RR-R untuk BSB musim 2023 yang bakal ditunggang oleh Charlie Nesbitt dan Josh Owens. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hawk Racing (@_hawkracing)

Dalam kenyataannya sendiri, Suzuki berkata tindakan meninggalkan BSB membawa mereka selari dengan "strategi perlumbaan global" jenama itu. Pendek kata,  strategi perlumbaan global oleh Suzuki buat masa ini boleh dianggap sebagai 'jangan berlumba.'

Walaupun menarik diri dari BSB, Suzuki akan terus memberikan sokongan kepada sesiapa yang menggunakan jentera Suzuki di semua peringkat perlumbaan melalui Program Bahagian Lumba mereka yang menawarkan alat ganti prestasi untuk Suzuki mereka dengan kos yang lebih rendah.

BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 (2023) Kini Boleh Sambung Telefon Pintar, Harga RM10.5k!
BACA >>> Bekas Bos Teknikal MotoGP Suzuki Sertai HRC, Rins Luah Rasa Gembira

 

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2023, British Superbike, BSB, Charlie Nesbitt, Honda CBR1000RR-R, Josh Owens, Suzuki GSX-R1000R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev