PENGEDAR rasmi motosikal Honda di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) mengemas kini skema warna baharu untuk skuter paling laris di republik itu, Honda BeAT (2023).
Semua warna baharu itu ditampilkan untuk varian CBS dan Deluxe, termasuk Street dengan rekaan grafik baharu. Menurut AHM, perubahan warna dan grafik baharu memberikan penampilan skuter urban itu lebih moden, energetik dan aktif.
BACA >>> AHM Tambah Warna Baharu untuk Honda CB150X (2023), Harga Kekal RM9.5k
Varian CBS tersedia dalam pilihan warna baharu seperti Jazz Silver Black (perak), Funk Red Black (merah), Hard Rock Black (hitam) dan Techno Blue Black (biru).
Keempat-empat warna itu turut diberikan grafik baharu yang lebih sporty dengan rekaan geometri tajam pada fairing sisi dan badan.
Varian Deluxe pula menawarkan dua warna baharu unik, iaitu Deluxe Green (hijau) dan Deluxe Dark Silver (perak) tanpa tambahan grafik badan.
Warna baharu itu melengkapi pilihan warna sedia ada seperti Deluxe Black dan Deluxe Blue, yang masing-masing mendapat lencana 3D perak, manakala Deluxe Black mendapat lencana 3D merah.
Saudaranya, Honda BeAT Street (2023) pula menampilkan kemas kini rekaan grafik yang lebih artistik dalam warna sedia ada, Street Black dan Street Silver.
SPESIFIKASI
Aspek mekanikal masih sama untuk Honda BeAT (2023) dan Honda BeAT Street (2023). Dua model itu dijana enjin eSP 4-lejang silinder tunggal 109cc SOHC dengan suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 8.8hp @ 7,500rpm dan tork 9.3Nm @ 5,500rpm dan tranmisi automatik V-Matic.
Tinggi pelana 740mm, jarak tinggi bumi 147mm, berat kerb 89kg, dan kapasiti bahan api 4.2 liter.
Sistem suspensi fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek jenis kombi (CBS) dengan cakera tunggal di depan dan brek dram di belakang.
Honda BeAT (2023) dijual pada harga Rp17,820 juta (RM5,170) untuk varian CBS, dan Rp18,672 juta (RM5,420) untuk Deluxe, manakala Honda BeAT Street (2023) berharga Rp18,476 juta (RM5,360).
BACA >>> Honda BeAT (2020) Enjin eSP PGMFI, Frem eSAF Kini di Malaysia! Harga RM5.5k
BACA >>> BSH Lancar Skuter Honda Vario 160 (2022) di Malaysia, Harga Mula RM9.9k!
Leave a Reply