SYARIKAT Touch 'n Go (TnG) bakal menambah baik perkhidmatan di Malaysia dengan menambah bilangan kad hingga 3.5 juta untuk tahun ini berbanding 2.68 juta pada 2022.
Menurut kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), TnG akan menyelesaikan isu kekeliruan notifikasi tamat tempoh kad dengan menghantar peringatan menerusi e-mel, dan aplikasi e-dompet pada sebulan sebelum tamat tempoh.
TnG juga digesa mempercepat proses bayaran balik baki kad kepada pengguna selepas siasatan dan pengesahan dilakukan. Selain itu, notis rasmi sudah dihantar kepada platform e-dagang untuk menurunkan semua iklan jualan kad tidak berdaftar.
Kad NFC TnG perlu dijual pada harga ditetapkan, RM10 dan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli satu kad pada satu-satu masa.
Notis rasmi sudah dihantar kepada pengendali syarikat minyak, peruncitan dan pengedar sah. Bagi mengelakkan berlaku kekeliruan antara kad Visa TnG dengan kad TnG, KPDN mengarahkan TnG mempamerkan peringatan 'ini bukan kad TnG'.
BACA >>> KPDN Akan Gempur Peniaga Tamak Jual Kad TnG Harga Melampau
BACA >>> Menteri Arah TnG Tambah Pusat Jualan Kad, Percepat Proses Bayar Balik Baki Wang
Leave a Reply