• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Daihatsu Ayla (2023) Lancar di Indonesia dengan Dua Pilihan Enjin, Harga Masih Misteri

Daihatsu Ayla (2023) Lancar di Indonesia dengan Dua Pilihan Enjin, Harga Masih Misteri

February 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEHARI selepas pelancaran kembarnya di Malaysia, iaitu Perodua Axia (2023), giliran negara jiran, Indonesia mendedahkan Daihatsu Ayla (2023) secara rasmi untuk pasaran negara itu, tetapi harga masih misteri.

Sama seperti Toyota Agya dan Perodua Axia, Daihatsu Ayla (2023) ialah model generasi baharu sepenuhnya yang dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) yang lebih selesa, ringan dan jimat minyak.

BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar dengan Harga Mula RM38.6k!
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Esok (14 Februari), Kalau Baru Tempah Esok, Bila Pula Dapat?

Model cekap minyak seperti Ayla ini telah dipercayai oleh 268,000 pelanggan di Indonesia, sekaligus membuktikan respon positif pelanggan di Indonesia terhadap kenderaan hijau kos rendah (low cost green car, LCGC).

Berikut perincian Daihatsu Ayla (2023) di Indonesia:

Luaran

Selain platform, bahagian bampar depan nampak lebih menyerupai Perodua Axia berbanding Toyota Agya. Bahagian lampu menerima lampu LED, manakala rim 14 inci Ayla kelihatan lebih menarik berbanding rim Axia kerana hadir dalam warna hitam.

Interior

Bahagian dalam Daihatsu Ayla dilengkapi dengan paparan infotainment 7 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, E-latch Backdoor, kawalan kedudukan stereng dan butang Push Start.

Trenkuasa

Daihatsu Ayla dibekalkan dua pilihan enjin Euro4, 1.2L WA-VE dan 1.0L VVT-i yang menawarkan pecutan lebih responsif. Enjin 1.2L ialah enjin sama digunakan Daihatsu Rocky yang menghasilkan kuasa 87hp dan tork 113Nm.

Hatchback segmen-A ini menggunakan transmisi dual-mod CVT (D-CVT), sama seperti Axia yang memberikan pemanduan dan pecutan lebih lancar selain menjimatkan minyak.

Ciri Keselamatan

Daihatsu Ayla (2023) dilengkapi teknologi keselamatan tertinggi seperti dua beg udara, peringatan tali keledar untuk pemandu dan penumpang, Bantuan Daki Bukita (HSA), dan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

Spesifikasi lanjut, termasuk harga kereta dijangka didedahkan di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) pada 16-26 Februari ini.

Antara Daihatsu Ayla, Toyota Agya dan Perodua Axia, mana satu paling menyerlah?

BACA >>> Indonesia Perkenal Toyota Agya (2023) Serba Baharu dengan Varian GR Sport!
BACA >>> #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Siapa Lagi Ngam?

Daihatsu Ayla 2023
daihatsu ayla 2023 2
daihatsu ayla 2023 3
daihatsu ayla 2023 4
daihatsu Ayla 2023 4

SUMBER: Kompas.com

Related

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 1.2L WA-VE, Astra Daihatsu Motor (ADM), D-cvt, Daihatsu Ayla 2023, DNGA, Indonesia, LCGC, Perodua axia 2023, Toyota Agya 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev