• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / India Patenkan Nama Honda Hawk 11, Bakal Jadi Negara Kedua Lancar Selepas Jepun

India Patenkan Nama Honda Hawk 11, Bakal Jadi Negara Kedua Lancar Selepas Jepun

February 15, 2023 By Aryon Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

CAFE racer Honda Hawk 11 dilaporkan baru saja dipatenkan di India yang ketika ini cuma ditawarkan untuk pasaran Jepun.

Honda Hawk 11 menampilkan gaya badan neo-retro dengan lampu utama LED bulat yang disepadukan dalam panel fairing Monza.

BACA >>> Honda CRF1100 Africa Twin (2020) Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM99k
BACA >>> Cafe Racer Gaya Retro CFMoto Papio dengan Enjin 126cc Bakal Lancar, Anggaran Harga RM5.6k

Cafe racer ini dipasangkan bar hendal jenis clip-on rendah untuk posisi tunggangan sporty, dan turut dilengkapkan peg kaki pembonceng.

Model ini dijana enjin sama seperti digunakan Honda Africa Twin, berkapasiti 1,082cc Parallel-Twin penyejukan cecair dengan output kuasa 102hp dan tork 104Nm.

Sistem transmisi ditawarkan dalam dua pilihan, manual 6-kelajuan atau dual klac (DCT). Panel meter jenis pod-tunggal yang memaparkan maklumat spidometer, odometer, indikator posisi gear, bar petrol, dan lain-lain.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek menggunakan brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran di belakang.

Bahagian roda dipasangkan rim aloi 17 inci yang dibalut tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang). Buat masa ini Honda hanya mempatenkan nama Hawk 11 untuk pasaran India.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan model itu akan dilancarkan dalam masa terdekat. Di Jepun, Honda Hawk 11 dijual pada harga 1,397,000 yen (RM46,030).

BACA >>> Cafe Race Enjin Africa Twin, Honda Hawk 11 (2022) Debut di Jepun 19 Mac Ini
BACA >>> Roadster Gaya Cafe Racer Honda Hawk 11 Rasmi Didedahkan

SUMBER: BikeWale

Related

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Cafe racer, Honda, Honda Africa Twin, Honda Hawk 11 (2022), Honda India, Honda Motor India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my