• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengantin 6 Hari Maut Langgar Jalan Berlubang

Pengantin 6 Hari Maut Langgar Jalan Berlubang

February 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG lelaki yang baru enam hari mendirikan rumah tangga maut akibat kemalangan, dipercayai motosikal ditunggang terjatuh selepas terlanggar lubang jalan di Jalan Temerloh-Jerantut dekat Kampung Lubuk Kawah di Temerloh, Pahang sekitar jam 10 malam, Jumaat lalu.

Isteri mangsa, Azimah Zahari berkata, insiden berlaku ketika dia dan suami, Hairul Hafizi Mursid, 34, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah pasaraya berdekatan ke rumah mereka di Felda Jengka 17, Maran.

BACA >>> Sir Rod Stewart Bantu Turap Jalan Berlubang, PBT Pula Tak Puas Hati?
BACA >>> Masalah Jalan Berlubang di UK, Satu Lubang Ditutup Setiap 19 Saat!

Kebiasaannya pasangan itu pergi dan balik kerja bersama sama ada dengan motosikal atau kereta. Tetapi pada Jumaat lalu, kedua-duanya naik kenderaan berasingan kerana mangsa mahu servis motosikal.

Dalam perjalanan balik malam itu, saya ikut rapat belakang suami dengan kereta. Cuma bila tiba dekat dengan lokasi kejadian, saya agak ke belakang sedikit sebab keadaan jalan berselekoh dan berbukit.

"Saya melepasi tempat suami terjatuh, tapi saya pusing semula sebab saya kenal warna motosikal tu. Dan memang tak sangka, suami saya yang terjatuh terlanggar lubang. Itu yang orang awam beritahu saya,” katanya.

Azimah mendakwa sempat memanggil suaminya, tetapi tiada sahutan kerana dalam keadaan separuh sedar dan sedang mengerang kesakitan.

Orang awam di lokasi membantu menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan menghantar mangsa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Bila tiba di Hoshas, saya terus mendaftarkan nama suami tetapi selepas lima atau 10 minit selepas itu, doktor panggil saya dan maklum, suami saya sudah meninggal dunia.

Beliau berharap pihak bertanggungjawab segera menyelenggara jalan di kawasan suaminya kemalangan kerana kondisi jalan di situ selalu ada takungan air, licin dan berlubang.

Jalan itu selalu ada air, dan saya perasan memang ada lubang. Harap dibaiki segera, jangan jadi pada orang lain pula. Sebelum ni, ada juga dengar orang patah tangan, kaki…. Cuma nyawa tak melayang lagi,” katanya.

Diharapkan insiden sebegini tidak berulang lagi. Takkan nak harapkan Lando juga nak turapkan?

BACA >>> JCB Pothole Pro Boleh Baik Pulih Jalan Berlubang Kurang 10 Minit, Bila Nak Masuk Malaysia?
BACA >>> Menteri Wilayah: Jumpa Jalan Berlubang, Call Saya

SUMBER: Utusan

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hairul Hafizi Mursid, Jalan Berlubang, kemalangan, kemalangan motosikal, Lando Brotherhood, maut, motosikal, Pahang, PBT, pothole

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev