• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Indonesia Perkenal Toyota Agya (2023) Serba Baharu dengan Varian GR Sport!

Indonesia Perkenal Toyota Agya (2023) Serba Baharu dengan Varian GR Sport!

February 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WAKIL pengedar kenderaan Toyota di Indonesia, Toyota Astra Motor (TAM) melancarkan kembar Toyota Agya (2023), yang juga kembar Perodua Axia (2023) yang bakal lancar esok, sekali gus menjadikan Indonesia negara pertama memperkenalkan hatchback segmen-A generasi baharu itu secara rasmi di peringkat global.

Toyota Agya (2023) ditawarkan ditawarkan dalam dua varian, iaitu Standard dan GR Sport.

Toyota Agya GR sport 2023
agya 2023

Sama seperti Perodua Axia (2023), generasi kedua Toyota Agya menerima pembaharuan sepenuhnya menerusi penggunaan platfrom Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang lebih selamat, stabil, ringan dan jimat bahan api.

Toyota Agya (2023) dibekalkan enjin 3-silinder 1.0L VVT-i dengan output kuasa 67hp dan tork 91Nm, manakala transmisi jenis automatik CVT, sama sama seperti Perodua Axia (2023).

Melihat paparan slaid, ada tujuh warna ditawarkan, iaitu merah, jingga, putih, perak, kelabu, hitam, dan kuning. Bagaimanapun, tanda harga belum didedahkan.

GR Agya 2023
Agya indonesia

TAM juga mendedahkan Toyota Agya (2023) serba baharu akan ditawarkan dalam varian manual. Walaupun Perodua Axia (2023) tiada versi manual di Malaysia, tetapi desas-desus mengatakan Perodua juga bakal varian Axia asas tahun ini.

Walaupun Toyota Agya sudah diperkenal, tetapi TAM masih belum membuka tempahan unit tersebut. Sebaliknya, tempahan hanya diambil selepas Agya baharu tersebut dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 yang dijadualkan berlangsung 16-26 Februari ini.

Memandangkan Toyota Agya (2023) sudah dilancarkan, dan Perodua Axia (2023) pula bakal lancar esok, ada satu lagi kembar untuk dua model tersebut, iaitu Daihatsu Ayla yang dijangka diperkenal pada 15 Februari.

Antara Perodua Axia (2023) dan Toyota Agya (2023), mana satu pilihan anda?

BACA >>> Daihatsu Ayla, Toyota Agya (2023) Juga Lancar Bulan Depan, Sama Spesifikasi Axia Baharu?
BACA >>> Tempahan Perodua Axia (2023) Serba Baharu Dibuka, Harga RM38.6k-RM49.5k

Toyota Agya 2023
Toyota Agya GR sport 2023
agya 2023
GR Agya 2023
Agya indonesia

SUMBER: ToyotaIndonesia

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Daihatsu Ayla, DCVT, DNGA, EEV, GR SPORT, Indonesia, Perodua axia 2023, Toyota Agya, Toyota Agya 2023, Toyota Astra Motor (TAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev